Kualalumpur Semua perhimpunan, aktiviti belia dan acara sukan yang dianjurkan atau diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun agensi di bawah seliaannya ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini.
Ia selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Covid-19, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu akan diteliti semula sekiranya situasi Covid-19 bertambah baik. “Keputusan dan peringatan pematuhan ini diambil atas sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan khususnya belia dan atlet negara yang terlibat di pelbagai peringkat bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19 yang semakin menular,” katanya.
Menurut Reezal Merican, kementeriannya turut mengambil maklum mengenai langkah proaktif yang diambil beberapa badan sukan dan belia yang telah menangguhkan serta membatalkan program masing-masing. “Begitu juga inisiatif larangan penonton di lokasi kejohanan masing-masing mengikut kesesuaian setelah mengambil kira nasihat pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19: Sg Buloh Hospital to redirect non-Covid 19 patients to other facilitiesCORONAVIRUS | It is being prepped as an infectious disease facility to focus on Covid-19 patients.
Read more »
19 new Covid-19 cases today; highest one-day spikeKUALA LUMPUR: Malaysia recorded 39 new Covid-19 cases today, the highest one-day spike on record, bringing the tally to 197 cases.
Read more »
Elak pergi 19 tempat di Lembah Klang ada kes positif Covid-19Kes positif Covid-19 di Malaysia sudah meningkat kepada 149 kes dan cuba elak berkunjung ke 19 tempat di sekitar Lembah Klang. FMTNews FMTOhsem Covid19 Koronavirus
Read more »
Covid-19: Kementerian teliti bantuan kepada pekebun kecil, kata Khairuddin | The Malaysian InsightPerkara itu akan dibangkitkan di peringkat kementerian selepas mesyuarat Kabinet, Rabu depan.
Read more »
A plea to PM Muhyiddin Yassin on tackling Covid-19Form a national inter-sectoral Covid-19 task force now. FMTNews Covid19
Read more »
SC independent board member tests positive for Covid-19KUALA LUMPUR: The Securities Commission Malaysia (SC) has confirmed that an independent board member has tested positive for Covid-19.
Read more »