sungaipetani Polis menerima laporan berhubung penyebaran berita palsu mengenai Covid-19 yang dikaitkan dengan kedai santan di Tikam Batu, di Sungai Petani, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Shamsudin Mamat berkata, laporan berkenaan dibuat pemilik perniagaan itu yang juga seorang wanita berusia 33 tahun pada 12.59 tengah hari tadi.
"Dia juga menerima rakam layar melalui aplikasi WhatsApp berhubung perkara sama. Berikutan itu mangsa mendakwa perniagaannya terjejas akibat penyebaran berita palsu itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Shamsudin berkata, semakan di Facebook pemilik akaun terbabit mendapati, hantaran berkenaan sudah dipadam.
"Dia mendakwa kakaknya sahaja yang bekerja di Pertubuhan Peladang Kawasan di Jitra Kedah, dan sudah membuat saringan Covid-19 pada 2 Ogos lalu di Klinik Kesihatan Kuala Nerang namun keputusan saringan masih belum diperoleh.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Minister of India's northern state Uttar Pradesh dies of Covid-19NEW DELHI, Aug. 2 (Xinhua): Kamal Rani, a minister of India's northern state of Uttar Pradesh, died of Covid-19 on Sunday, a spokesman of the state government confirmed.
Read more »
Mainland China reports 49 new Covid-19 cases for Aug 1BEIJING, Aug 2 (Reuters): China reported 49 cases of the new coronavirus in the mainland for Aug. 1, up from 45 cases a day earlier, the health commission said on Sunday.
Read more »