putarajaya Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,329 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi kes penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.
Beliau berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga meningkat kepada 7,014 kes, iaitu 84.1 peratus daripada keseluruhan kes, hari ini. Menurutnya, ia susulan pertambahan 29 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan."Seramai lima pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi , tiada daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan setakat 12 tengah hari ini. "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah sebanyak 118 kes, 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Thailand bebas jangkitan tempatan Covid-19 selama 14 hariThailand melaporkan 77 kes dalam 2 minggu lepas dan kesemua mereka adalah rakyatnya yang pulang dari luar negara. FMTNews Thailand Covid19
Read more »
Ancaman jangkitan Covid-19 tetap ada, kata Ismail Sabri | The Malaysian InsightOrang ramai harus berperanan memastikan wabak itu tidak kembali merebak, kata Menteri Kanan.
Read more »
FAM to prepare Covid-19 training SOPs for Malaysian team, U-19 squad | Malay MailKUALA LUMPUR, June 8 — The Football Association of Malaysia (FAM) will hold internal discussions to determine the appropriate standard operating procedure (SOP) for the national team’s training to face the remaining three matches of the second qualifying round for the 2022 World Cup / 2023...
Read more »
Sempadan negara dibuka hanya jika penularan Covid-19 boleh dikawalputrajaya Pintu kawalan sempadan negara hanya dapat dibuka sekiranya fasa pemulihan Covid-19 selepas pembukaan beberapa sektor dalam negara berada dalam keadaan terkawal.
Read more »
Covid-19: Hanya 7 kes, terendah setakat iniputrajaya Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hanya merekodkan tujuh kes hari ini dengan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu dalam negara sebanyak 8,329 kes.
Read more »
Malaysia records seven new Covid-19 cases, lowest in three monthsCORONAVIRUS | It is also the first time the country recorded only a single-digit increase in new cases since March 12.
Read more »