Kes disiasat semasa suspek bekerja di KLIA sebelum suspek bersara awal pada 1 Januari tahun lalu.
KUANTAN: Seorang lagi bekas anggota Imigresen ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan kegiatan membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 di Selangor.
Suspek berusia 50 tahun dengan jawatan terakhir sebagai pegawai Imigresen ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang pada pukul 11.55 malam semalam.Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria selama tujuh hari bermula hari ini.Semalam, media melaporkan tiga anggota imigresen ditahan selepas disyaki bersekongkol dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di KLIA1 dan KLIA2.
Difahamkan kegiatan sindiket yang bermula sejak 2021 hingga 2024 itu melibatkan habuan wang tunai lebih RM10 juta yang turut diagihkan kepada penjawat awam terlibat. Kakitangan imigresen itu dipercayai menjadi tali barut bagi melepaskan warga asing yang tiba di negara ini tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’ di KLIA1 dan KLIA2. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM beri komitmen siasat semua maklumat berkaitan kes Ismail SabriSPRM memberi jaminan dan komitmen untuk terus menyiasat sebarang maklumat yang dikaitkan dengan siasatan kes melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri.
Read more »
Trend membankrapkan diri sendiri cetus kebimbangaJumlah kes membankrapkan diri sendiri meningkat hingga 200 peratus iaitu 330 kes pada 2024
Read more »
Akta Perhimpunan Aman: Sepatutnya kes saya digugur seperti kes lain’Akta Perhimpunan Aman: Sepatutnya kes saya digugur seperti kes lain'
Read more »
Semak semula SOP imigresen berkaitan pertukaran kruKetua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, penutupan perkhidmatan imigresen pada hujung minggu dan cuti umum telah menjejaskan proses pertukaran kru di beberapa pelabuhan utama.
Read more »
Masjid India antara lima lokasi warga asing dipantau imigresenLima lokasi utama di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan kehadiran warga asing akan dipantau Jabatan Imigresen Malaysia
Read more »
Lelaki menyamar petugas media antara 32 PATI ditahan imigresenLelaki itu ditahan di sebuah hotel di Chow Kit, lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pendatang tanpa izin.
Read more »