Sepang Pakar tulang kaedah perubatan terapi Cina Tit Tar, Datuk Chris Leong bersama kumpulannya seramai 16 orang selamat tiba di KLIA selepas dua bulan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana dakwaan melanggar peraturan visa melancong.
Chris bersama kumpulannya seramai 16 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang ini selepas dua bulan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana dakwaan melanggar peraturan visa melancong.Chris yang ditemui berkata, pihak berkuasa Indonesia mengalu-alukan kedatangannya pada masa depan namun, dengan syarat perlu tampil dengan dokumen lengkap termasuk kertas kerja bagi kerja-kerja amal dan kebajikan yang akan dilakukan.
“Walaupun proses pengesahan dokumen mengambil masa yang agak lama namun, kami semua dilepaskan kerana kerja-kerja amal dan kebajikan yang kami lakukan di negara itu sebelum ini,” katanya. Dalam pada itu, katanya, beliau menasihatkan warga Malaysia yang ingin ke luar negara supaya menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap selain mematuhi peraturan ditetapkan negara berkenaan.
Chris dilaporkan ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Palembang bersama pasukan sukarelawannya itu yang terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, dua warga Hong Kong dan seorang warga Belgium serta Ireland.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Famed 'tit-tar' practitioner Chris Leong returns homePETALING JAYA: Famed 'tit-tar' traditional Chinese medicine practitioner Chris Leong returned safely to Malaysia on Sunday (March 10).
Read more »
Dulu jurutera, kini tauke durian 'Riverking'KIRA-KIRA 14 tahun lalu, dia meninggalkan kerjaya sebagai jurutera dengan gaji ribuan ringgit dan mengerat keringat mengerjakan dusun durian di Lanchang, Temerloh.
Read more »
8 ditipu sindiket, terkandas di Afrika selamat pulangLapan orang rakyat Malaysia yang ditahan di Liberia sejak 4 Februari lepas tiba di KLIA pada 3.30 petang tadi.
Read more »
Famed 'tit-tar' practitioner Chris Leong returns homePETALING JAYA: Famed 'tit-tar' traditional Chinese medicine practitioner Chris Leong returned safely to Malaysia on Sunday (March 10).
Read more »
8 rakyat Malaysia ditipu sindiket kerja akan pulang dari AfrikaLapan orang Sarawak itu ke Liberia bulan lalu, selepas ditipu satu sindiket pekerjaan tempatan.
Read more »
16 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Palembang petang iniPUTRAJAYA 10 Mac- Sebanyak 16 rakyat Malaysia yang ditahan di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia pada 9 Januari lalu atas dakwaan salah guna visa sosial dibawa pulang hari ini.
Read more »
[UPDATE] Dua jenazah dibawa pulang minggu depanJENAZAH usahawan tekstil dari Bandung, Indonesia, Ujang Nuryanto, 37, akan dibawa pulang ke negaranya Rabu ini selepas selesai proses dokumentasi.
Read more »