Platform media sosial popular, Sina Weibo dikatakan mengendalikan sebanyak 12,854 isu pelanggaran komuniti termasuk serangan ke atas pakar-pakar, ilmuan dan kakitangan perubatan.
Malah, media sosial itu seterusnya mengeluarkan larangan sementara atau kekal kepada 1,120 pemilik akaun.
Malah, hospital-hospital di beberapa negeri seperti Beijing dan Shanghai dikatakan penuh dengan pesakit selain rumah-rumah mayat menjadi sibuk secara tiba-tiba. Dalam media sosial berkenaan, kritikan dikatakan banyak tertumpu kepada larangan sekatan perjalanan terbuka yang menyebabkan orang ramai terkurung di rumah mereka selama berminggu-minggu, kadang kala berkurung tanpa makanan atau rawatan perubatan yang mencukupi.
Walaupun penerbangan antarabangsa masih dikurangkan, pihak berkuasa menjangkakan perjalanan kereta api dan udara domestik akan berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Namun begitu, China tetap meneruskan rancangan untuk menamatkan kuarantin mandatori bagi orang yang tiba dari luar negara bermula hari ini.
Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menegaskan, pegawai-pegawai kerajaan China perlu berkongsi lebih banyak maklumat terkini tentang Covid-19 dari negara itu ketika jangkitan semakin meningkat manakala penduduknya dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Datasonic Enters Metaverse Education Platform Business With Meta Doers WorldDatasonic Group a security-related integrated ICT solutions provider in Malaysia, has entered into a MOU with Meta Doers World Holding , to venture into the Metaverse education platform business.
Read more »
KSM perkenal inisiatif MyHeart, bawa pulang pakar MalaysiaMyHeart diperkenalkan sebagai platform berhubung dengan diaspora Malaysia dan bekerjasama dalam inisiatif yang dapat memanfaatkan negara.
Read more »
Taiwan offers China help again to deal with Covid surgeTAIPEI, Jan 6 — Taiwan has again offered to provide China with assistance to help it deal with a surge in Covid-19 cases but Chinese authorities have not yet responded, official...
Read more »