AS didakwa lebih pentingkan politik berbanding kesihatan rakyat
BEIJING: Tiga badan pemikir China mengeluarkan satu laporan yang mendakwa Amerika Syarikat berada pada kedudukan pertama bagi negara paling gagal menangani pandemik Covid-19. Laporan itu mendakwa pertengkaran politik antara dua parti utama di AS menyebabkan sebanyak 617,000 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh di negara itu.
Pasukan penyelidik dari Institut Pengajian Kewangan Chongyang di Universiti Renmin China serta Institut Taihe dan Intellisia mengeluarkan laporan tersebut mengenai tindak balas AS terhadap pandemik Covid-19. Laporan yang bertajuk America Ranked First ?! The Truth about America’s fight against Covid-19 didedahkan kepada komuniti antarabangsa kelmarin. Laporan itu menggambarkan AS sebagai negara yang gagal dan berpecah-belah serta sumber wabak yang disyaki. Laporan itu juga mendakwa Donald Trump merupakan penyokong berita palsu Covid-19 yang terbesar dan menyatakan bekas Presiden AS itu mencetuskan pertikaian hyperpartisan yang menghalang ahli Parlimen dari parti Demokrat dan Republikan memerangi penularan virus itu. Sambil memetik ‘pertikaian partisan’ sebagai punca menghalang pakar kesihatan awam melaksanakan tugas mereka, laporan itu turut mengecam AS kerana membiarkan penularan gelombang keempat jangkitan Covid-19 baru-baru ini. “Pentadbiran Trump terlalu mahu mengukuhkan kedudukan Republikan menerusi pemerkasaan ekonomi serta sektor pekerjaan. “Akibatnya, kerajaan pimpinan Trump berulang kali mengabaikan amaran mengenai Covid-19 dan meremehkan risiko yang ada,” jelas ahli akademik China dalam laporan itu. Jelas laporan tersebut, virus Covid-19 menular lebih cepat di negeri-negeri pimpinan Demokrat seperti New York dan California. Namun, ahli Parlimen dari Demokrat menghabiskan banyak tenaga berdebat mengenai isu yang tidak penting daripada memerangi koronavirus. Sementara itu, laporan tersebut turut menafikan dakwaan AS bahawa sebuah makmal di Wuhan mungkin menjadi penyebab wabak Covid-19 pada 2019. Laporan itu sebaliknya mendakwa AS mungkin merupakan sumber wabak yang disyaki selain menyatakan beberapa teori konspirasi yang belum dapat dibuktikan, antaranya cuba mengaitkan kewujudan virus itu dengan Fort Detrick dan operasi ketenteraan AS. Laporan itu juga mendakwa AS gagal kerana ‘sikap anti pandemik, protes dan kemelesetan ekonomi’ yang berlaku ketika kes jangkitan meningkat drastik. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
China telecom eyes US$8.4bil Shanghai IPO, world's biggest in 2021China Telecom, which was delisted in the United States during the Trump Administration, is slated for IPO in Shanghai to raise up to RM35.49bil.
Read more »
China lapor 143 kes baharu Covid-19 - Utusan DigitalJumlah itu meningkat berbanding 125 kes Covid-19 dicatatkan sehari sebelumnya.
Read more »
China opposes irresponsible US remarks on South China SeaUNITED NATIONS (Xinhua): China said on Monday (Aug 9) the United States is not qualified to make irresponsible remarks on the issue of South China Sea.
Read more »
Rakyat Kanada dijatuhkan hukuman mati di China - Utusan DigitalPertuduhan merancang pengedaran dadah jenis syabu seberat 227 kilogram dari China ke Australia.
Read more »
China demands Lithuania withdraw envoy in row over Taiwan | Malay MailBEIJING, Aug 10 — China demanded Lithuania today withdraw its ambassador in Beijing and said it would recall China’s envoy to Vilnius in a row over the Baltic state allowing Chinese-claimed Taiwan to open a de facto embassy there using its own name. China considers democratically ruled Taiwan...
Read more »




