KUALA LUMPUR 5 Mac - Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa ini (12 Mac) bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 dari 20 hingga 23 Mac di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia , senarai pemain itu seterusnya akan mengikuti satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac.
Cheng Hoe berkata daripada senarai 25 pemain itu, beliau mengekalkan 13 pemain skuad B-23, yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018 pada Disember lalu serta 12 pemain baharu. Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama pada Rabu dan berdepan Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua pada Sabtu .
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi , Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih , Syazwan Zainon, Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari . Zaquan Adha Abd Radzak, Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazali , Akram Mahinan, Nicholas Swirad , Syazwan Andik Ishak, Ahmda Hazwan Bakri, S.Kumaahran , Irfan Zakaria Khairul Fahmi Che Mat , Hafiz Ramdan , Hadin Azman . - BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cheng Hoe panggil 'Messi Ganu' jalani latihanAKSI cemerlang Faiz Nasir yang kini bersama skuad Liga Super Selangor berjaya menambat hati pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia akan dipanggil buat kali pertama bagi menghadapi Piala Airmarine dari 20 hingga 23 Mac ini.
Read more »
Housing developer turns fallen trees into dining tables, decor at restaurantMELAKA: A housing developer has turned fallen trees into dining tables and decor at a Peranakan restaurant at Jalan Tun Tan Cheng Lock here.
Read more »
Agenda bumiputera: Mohamed Azmin dikecamKUALA LUMPUR 4 Mac - Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung usaha memenuhi agenda bumiputera demi menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai pilihan orang Melayu.
Read more »
Kim Swee senaraikan 27 pemain ke kem latihan pusat B-22KUALA LUMPUR 5 Mac - Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 27 pemain menjalani kem latihan pusat bermula Ahad ini bagi persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam dari 22 hingga 26 Mac.
Read more »
Cheng Hoe panggil 'Messi Ganu' jalani latihanAKSI cemerlang Faiz Nasir yang kini bersama skuad Liga Super Selangor berjaya menambat hati pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia akan dipanggil buat kali pertama bagi menghadapi Piala Airmarine dari 20 hingga 23 Mac ini.
Read more »
Pemain Perlis dinasihat dapatkan khidmat peguam, saman bekas PresidenKANGAR 26 Feb. - Para pemain Perlis Northern Lions II yang membuat laporan polis terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie semalam, dinasihatkan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Read more »
Kraljevic dibenarkan 'duduk' bersama pemain TRWKOTA BHARU 1 Mac - The Red Warriors (TRW) mendapat tonik berharga menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) esok, apabila pengendalinya Marko Kraljevic sudah dibenarkan untuk berada di tempat duduk bersama barisan pemain.
Read more »
Bibi Ramjani kecewa dengan disiplin pemain KelantanBibi Ramjani berkata walaupun pasukan Kelantan ketika ini diuruskan oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd namun beliau berhak bercakap berkaitan masalah tersebut bagi kepentingan KAFA dan pasukan Kelantan. utusanmalaysia utusanonline
Read more »