Rap Ahli kumpulan TVXQ, Changmin mengumumkan bakal berkahwin pada 5 September ini.
Berita gembira itu dikongsikan Changmin menerusi satu kiriman surat yang ditulis sendiri dan ingin menjadi orang pertama yang memberitahu kepada peminatnya."Seperti yang anda semua tahu, saat ini saya sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang. Kami memiliki hubungan yang baik dan saling percaya.
Dalam surat itu, Changmin turut berterima kasih kepada rakan duetnya, Yunho yang menyokong perancangan perkahwinannya itu. "Saya percaya beberapa orang akan sedih mengetahui perkara ini. Tapi, saya fikir ini menjadi satu-satunya cara memberitahu secara dekat dengan peminat daripada mendengarnya daripada orang lain," katanya.
"Saya ingin menjadi ketua keluarga dan penghibur yang terbaik kepada semua yang selama ini menyokong dan menyayangi saya,"katanya."Changmin akan menikah dengan kekasihnya pada 5 September. Pernikahan akan diadakan secara tertutup," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kolam takungan RM18 juta atasi masalah bekalan air di Felda Chini, kata MBProjek yang dijangka bermula pada September ini, mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan proses tender dibuat oleh Felda bulan ini. FMTNews
Read more »