Beyond the Breaking News

Centhra completes legal mission to Lebanon to gather evidence of Israeli war crimes

International Law News

Centhra completes legal mission to Lebanon to gather evidence of Israeli war crimes
LebanonIsraelWar Crimes

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) completed a legal mission to Lebanon from June 28 to July 5 to collect evidence and testimonies of Israeli war crimes. The evidence will be used to bring charges against Israel at the International Criminal Court (ICC). The mission involved seven lawyers and human rights activists, supported by Cinta Gaza Malaysia and AICT Global. They documented testimonies from victims, including those who lost family members, were injured, displaced, or forced to relocate. The delegation also visited Palestinian refugee camps in Sabra, Shatila, and Burj al-Barajneh. According to official Lebanese figures, Israeli attacks since March 2 have killed at least 4,301 and injured 12,199.

PETALING JAYA: Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia selesai melaksanakan Misi Perundangan ke Republik Lubnan bagi mengumpul bukti dan testimoni mangsa jenayah perang Israel.

Bukti dan testimoni itu akan digunakan dalam usaha membawa dakwaan jenayah perang melibatkan Israel itu ke hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa . Centhra dalam kenyataan memaklumkan, misi yang berlangsung dari 28 Jun hingga 5 Julai lalu itu disertai tujuh peguam dan aktivis hak asasi manusia dengan sokongan strategik Cinta Gaza Malaysia serta AICT Global. Misi berkenaan menurutnya bertujuan mengumpul dan menilai bahan bukti, mendokumentasikan keterangan mangsa serta memperkukuhkan kerjasama strategik dengan rangkaian peguam antarabangsa menerusi penubuhan End Impunity International Coalition.

“Gabungan ini akan memacu usaha mendapatkan akauntabiliti terhadap jenayah yang dilakukan Israel ke atas penduduk awam di Lubnan melalui mekanisme undang-undang antarabangsa yang diiktiraf,” katanya. Sepanjang berada di Beirut, delegasi telah mengadakan perbincangan dengan peguam dari Lubnan, Perancis, Sepanyol dan Indonesia bagi menyelaraskan strategi litigasi rentas negara, termasuk berkaitan bidang kuasa, standard pembuktian, perlindungan saksi serta mekanisme kerjasama antarabangsa.

Delegasi turut merekodkan keterangan mangsa serangan Israel, termasuk mereka yang kehilangan ahli keluarga, mengalami kecederaan, kehilangan tempat tinggal dan menjadi mangsa pemindahan paksa. Selain itu, delegasi diberikan akses memasuki kem pelarian Palestin di Sabra, Shatila dan Burj al-Barajneh bagi mendokumentasikan testimoni pelarian yang berpotensi menjadi sebahagian daripada prosiding undang-undang antarabangsa. Menurut Centhra, berdasarkan angka rasmi Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan Israel sejak 2 Mac lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 4,301 orang dan mencederakan 12,199 yang lain.

Katanya, semua dokumen, testimoni dan bahan bukti yang diperoleh kini melalui proses penelitian serta pengesahan bagi memastikan ia memenuhi standard pembuktian yang diperlukan dalam prosiding kehakiman antarabangsa.

“Berdasarkan penilaian awal, Centhra kini memasuki fasa penyediaan komunikasi di bawah Perkara 15 Statut Rom untuk dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa ICC dengan Cinta Gaza Malaysia bertindak sebagai organisasi masyarakat sivil yang mengemukakan aduan tersebut,” katanya. Centhra berkata, di bawah Perkara 15 Statut Rom, organisasi masyarakat sivil mempunyai hak mengemukakan maklumat, bukti dan analisis perundangan kepada Pendakwa ICC bagi membantu penilaian awal terhadap dakwaan jenayah antarabangsa.

Sehubungan itu, organisasi berkenaan menggesa kerajaan Malaysia memberikan sokongan diplomatik dan institusi terhadap usaha akauntabiliti antarabangsa, selain menyeru profesion guaman, institusi akademik, badan penyelidik dan pertubuhan masyarakat sivil berganding bahu memperkukuhkan penyelidikan, dokumentasi bukti serta litigasi strategik. Centhra turut menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara pihak kepada Statut Rom, supaya memberikan kerjasama penuh kepada semua mekanisme akauntabiliti antarabangsa bagi memastikan individu yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dibawa ke muka pengadilan. –

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Lebanon Israel War Crimes ICC Human Rights

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia to maintain peacekeeping troops in Lebanon amid security discussionsMalaysia to maintain peacekeeping troops in Lebanon amid security discussionsArtificial intelligence (AI) is no longer a technology of the future.
Read more »

Azalina: Major shift in Malaysia’s legal framework with public prosecutor appointment reformAzalina: Major shift in Malaysia’s legal framework with public prosecutor appointment reformMalaysia Airlines reintroduces a holiday campaign, while AirAsia welcomes four direct airline partners.
Read more »

Israeli military has destroyed more than 90 per cent of the Gaza Strip, says reportIsraeli military has destroyed more than 90 per cent of the Gaza Strip, says reportPETALING JAYA: Wushu exponent Lee Jia Rong gave Malaysia a flying start by delivering the first gold medal in the Taolu World Cup in Haikou, China.
Read more »

Turkiye rejects Israeli claim on F‑35 fighter jet sale as ‘disinformation’Turkiye rejects Israeli claim on F‑35 fighter jet sale as ‘disinformation’ISTANBUL, July 7 — Turkiye today rejected as “disinformation” Israel’s claim that the sale to Ankara of US F-35 fighter jets and components would upset the regional power...
Read more »



Render Time: 2026-08-12 15:31:07