A viral TikTok video shows a stray cat drinking water left over from soaking tofu. Online users expressed various reactions, some finding it cute and others worried about the hygiene. The article also discusses whether cat saliva is considered najis (impure) in Islam, citing different opinions from Islamic scholars.
Kucing peliharaan seringkali dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Makanan yang dipilih pula mestilah daripada kualiti terbaik agar dapat mengekalkan kesihatan si bulus. Malah, ada pemilik kucing yang siap menyediakan air segar sepanjang masa dengan menggunakan ‘water fountain’ khas bagi si bulus.
Namun bagi kucing jalanan, ia mungkin terpaksa meminum mana-mana sahaja air yang dijumpai termasuklah lopak hujan di atas jalan atau tanah.Baca Artikel Berkaitan: Ancom Nylex Sediakan Tempat Tinggal Buat Kucing Jalanan Baca Artikel Berkaitan: “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain Oyen Minum Air Dari Bekas Rendaman Tauhu Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang menyaksikan seekor kucing sedang meminum air. Namun apa yang mengejutkan, dia bukanlah meminum air biasa sebaliknya air rendaman tauhu yang dijual. Kucing berwarna jingga itu dilihat bertenggek di tepi bekas dan minum air rendaman tauhu tersebut dengan sangat banyak. Sampai basah dagu si bulu!Comel betul.Orang Ramai Geli Hati Lihat Oyen Minum Air Tauhu Aksi si Oyen itu meminum air rendaman tauhu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya berasa geli hati melihatnya meminum air tersebut dan menganggap ia pasti terasa seperti air soya. Ada juga yang berasa kasihan kerana kucing itu kelihatan sangat dahaga sehingga terpaksa minum apa sahaja air yang ada. Namun, beberapa pengguna media sosial berkata air tersebut pasti dipenuhi bakteria daripada air liur kucing berkenaan.Dalam pada itu, beberapa individu berkongsi bahawa kucing peliharaan mereka turut gemar meminum air yang bukan disediakan baginya seperti air di dalam pasu, air beras, malah bekas rendaman gigi palsu! 😹 “Kucing kat rumah saya suka minum air rendaman gigi palsu mak saya. Patutlah semua kucing patuh cakap mak,” kata seorang pengguna TikTok. Air Liur Kucing Najis Atau Tidak? Ini Penjelasannya Melihat aksi kucing terbabit, mungkin timbul persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada air tersebut menjadi najis akibat jilatan si bulus. Merujuk kepada laman web Maktabah Al-Bakri, air liur kucing dihukumkan sebagai suci dan bukannya najis. Oleh itu, tidak mengapa untuk minum atau makan daripada bekas yang telah dijilat oleh kucing. Malah, memandangkan kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering berada di dalam rumah, sukar sekiranya lebihan makanan dan minumannya dihukumkan sebagai najis. Namun Abu Hanifah pula berpendapat bahawa ia adalah najis yang diberikan rukhsah dan makruh meminum air tersebut, kecuali dalam keadaan tiada air lain di situ. Boleh Ambil Wuduk Dari Air Bekas Jilatan Kucing Di samping itu, berdasarkan kepada perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mazhab Syafie menghukumkan air baki jilatan kucing sebagai suci dan tidak makruh untuk digunakan sebagai air wuduk.Maksudnya: “Bahwa Abu Qatadah masuk menemuinya. berkata; “Aku menuangkan air untuknya berwuduk, tiba-tiba seekor kucing lalu meminum daripada air tersebut. Abu Qatadah kemudian mengiringkan bekas tersebut hingga kucing tersebut dapat minum.” Kabsyah berkata; “Abu Qatadah tahu bahwa aku sedang memperhatikannya, maka dia pun berkata; “Apakah engkau terkejut wahai puteri saudaraku?” Aku menjawab, “Ya,” Abu Qatadah berkata; “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Kucing itu tidak najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang biasa berkeliaran di sekelilingmu.” Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Kucing Haiwan yang Suci Menurut Islam?Baca Artikel Berkaitan: Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note! Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Viral News CAT SALIVA NAJIS TOFU VIRAL VIDEO
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Indonesian Man Nurtures Sick Stray Cat to Full RecoveryA heartwarming video on TikTok showcases the incredible dedication of an Indonesian man who nursed a sick stray cat back to health. The video highlights the transformative journey of 'Petong', a cat who suffered from severe skin disease and mobility issues, until he was finally nursed back to full health. The story serves as a reminder of the power of compassion and the impact of even small acts of kindness on the lives of animals in need.
Read more »
Woman charged RM5 for tofu in Penang economy rice stallThe customer claimed the economy rice seller said she did not increase the price of her tofu dishes.
Read more »
How hot regional weather and cool refreshing coconut drinks are making ‘santan’ dearer in MalaysiaKUALA LUMPUR, Feb 2 — The humble coconut is a staple in Malaysian lives, from its refreshing water and creamy milk, to its role as prayer offerings at Hindu temples. However,...
Read more »
Cat Rescued After Being Stuck on Roof for a Week in Batu PahatA video of a cat allegedly trapped on a roof for a week in Batu Pahat, Johor, went viral on TikTok. The cat's owner, Nisaa, called for help from the fire department and Malaysia Civil Defence Force (JPAM) but was unsuccessful. Eventually, Nisaa's husband and a friend rescued the cat themselves.
Read more »
ZUS Coffee Raises Prices On Most Drinks Due To Rising CostsThe company explained that global coffee bean prices have hit their highest levels since 1977.
Read more »
Penang Vet Dept says didn’t find 10 cat carcasses shown in Jelutong viral videoGEORGE TOWN, Feb 8 — The Penang Veterinary Services Department (DVS) is investigating a report regarding the alleged discovery of 10 cat carcasses wrapped in black plastic bags...
Read more »



