arena Sekurang-kurangnya lima pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) pernah dirisik beberapa kelab luar negara terutamanya di Eropa.
Keinginan tinggi kelab-kelab di negara terbabit seperti liga Belgium, Denmark, Crotia, Switzerland, Bulgaria dan lain-lain adalah kerana kejayaan skuad B-23 di Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia di China dua tahun lalu berjaya membuka mata pemerhati bola sepak di sana.
Katanya, status Safawi pernah ditanya dua kelab iaitu FC Zurich dari Liga Super Switzerland dan kelab utama Republik Czech, Sparta Praha yang berminat dengan pemain sayap Johor Darul Ta'zim itu.Manakala seorang lagi tonggak JDT, Akhyar Rashid juga pernah dikaitkan dengan Liga Perdana Belarus, kelab Bate Borisov yang mahu menguji kemampuan adik kepada bekas pemain kebangsaan Rafdi Rashid itu.
"Tumpuan mereka pula lebih mencari pemain di bahagian sayap saja. Cuba tengok pemain-pemain dari Korea Selatan atau Jepun seperti Song Heung-min dan Park Ji-Sung semuanya beraksi di posisi sayap. Dijangka seorang lagi penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal mengikut jejak langkah tonggak senior itu apabila dia ditawarkan kontrak lima tahun beraksi di Belgium bersama KV Kortrijk.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Germany to buy 23% stake in CureVac after blocking US purchaseBerlin gave itself new powers in May to veto hostile foreign takeover bids for healthcare companies.
Read more »