Berdasarkan pertuduhan, Satvender Singh, 35, didakwa membunuh isterinya, D. Kamaljit, 34, dan bayi mereka, Ishilyn Kaur Sandhu, tujuh bulan, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14…
SHAH ALAM: Seorang bekas pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayinya, lima tahun lalu. Hakim Datuk Mohd.
Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh, Satvinder Singh. Dalam penghakimannya, Mohd. Yazid berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh yang mengatakan dia masuk semula ke rumah apabila melihat jirannya dengan alasan tidak suka bau rokok. Bagaimanapun kata Mohd. Yazid, berasaskan pada jarak, pihak mahkamah mendapati keterangan itu tidak munasabah sebaliknya terdapat fakta berpadanan menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan. Katanya, mahkamah juga menolak keterangan tertuduh yang mengatakan berlakunya force entry yang seterusnya kepada rompakan apabila kesemua 11 anak kunci yang dirampas tidak berpadanan untuk membuka mangga pagar tersebut. “Setelah meneliti keterangan, mahkamah mendapati 11 anak kunci yang dirampas tidak berpadanan untuk membuka mangga tersebut. “Tertuduh dalam pembelaan menjelaskan gugusan kunci yang tidak berpadanan adalah spare key. Sekiranya betul gugusan kunci ‘spare’, semestinya salah satu kunci itu berpadanan buka mangga. Jadi penjelasannya ditolak,” jelasnya. Menurut Mohd. Yazid, tertuduh dalam pembelaannya mengatakan kecederaan pada mukanya disebabkan oleh alat permainan ladybird namun permainan yang dirampas di lokasi kejadian tidak mempunyai sesungut besi seperti yang didakwa. “Tertuduh adalah orang terakhir dilihat berada di rumah tersebut dan mahkamah mendapati tertuduh adalah orang yang mendatangkan kecederaan kepada si mati dan seterusnya membunuh anaknya dan menyebabkan kematian kepada mereka. “Mahkamah turut mempertimbangkan pembelaan alibi dia keluar pada pukul 3.55 pagi, berada di restoran, sampai di pejabat dan kemudian keluar memandu lori. Berdasarkan fakta kes, mahkamah mendapati tertuduh keluar dari rumahnya selepas pukul 4.30 pagi, dan bukan pada 3.55 pagi iaitu selepas OKT membunuh si mati dan alibi itu tidak berkaitan kerana kejadian itu berlaku sebelum alibi,” katanya. Berdasarkan pertuduhan, Satvender Singh, 35, didakwa membunuh isterinya, D. Kamaljit, 34, dan bayi mereka, Ishilyn Kaur Sandhu, tujuh bulan, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan. Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee mengemukakan seramai 16 saksi manakala pihak pembelaan diwakili peguam, Datuk Rajpal Singh hanya memanggil tertuduh memberi keterangan bersumpah daripada kandang saksi. Dalam menyampaikan keputusan pada peringkat akhir pendakwaan, Mohd. Yazid mengatakan bahawa mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan unsur-unsur penting dalam pertuduhan menerusi kenyataan seorang pegawai dari Jabatan Kimia yang mendapati terdapat asid deoksiribonukleik milik Satvender pada isterinya, dan juga oleh seorang pegawai penyiasat polis yang mengatakan tidak ada kes kecurian di tempat kejadian.Sementara itu, adik mendiang Kamaljit, Riyaa, 36, yang hadir dari Seremban, Negeri Sembilan bagi mengikuti keputusan kes itu berkata, mereka sekeluarga lega dengan keputusan mahkamah. Dia yang menangis sebaik sahaja keputusan dibacakan sambil mengatakan ‘tergamak bunuh bayi yang baru berusia tujuh bulan’ dilihat menggigil sebelum menghubungi ibunya yang berada di Seremban bagi memaklumkan keputusan mahkamah hari ini. “Saya mengikuti kes ini dari pertama kali dituduh di Selayang dan biasanya ibu yang akan datang untuk mendengar perbicaraan tetapi hari ini, saya bimbang jika keputusan sebaliknya dan takut jika apa-apa berlaku kepada dia. “Mendiang kakak saya seorang akauntan dan bekerja di Institut Jantung Negara . Dia seorang yang penyabar dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Biasanya dia akan membelikan ubat-ubatan untuk diberikan kepada Orang Asli di Gombak,” jelasnya. Satvender yang sugul sebaik sahaja keputusan dibacakan dilihat sempat berjumpa dengan ahli keluarganya yang menanti di luar mahkamah sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas kapten ragbi kebangsaan, Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia - Utusan DigitalKRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyifatkan pemergian kapten skuad kebangsaan 1982 itu sebagai kehilangan sebutir permata dalam arena ragbi.
Read more »
Kes rogol libatkan bekas Exco: Saksi beritahu lihat wanita jalan keluar dari Meru Desa Park - Utusan DigitalMenerusi rakaman tersebut wanita itu dilihat berjalan keluar menuju ke jalan utama pada 8 Julai 2019, kira-kira pukul 1.23 petang.
Read more »
'Khayal dadah' sehingga sanggup mengacukan gunting, ugut bunuh ibu - Utusan DigitalPada masa itu, suspek berusia 28 tahun dipercayai memegang senjata tajam berupa gunting dan mengacukan kepada pengadu dan mengugut untuk bunuh pengadu dan mendakwa pengadu bukan ibunya.
Read more »
Bekas CEO 1MDB sangkal dakwaan pembelaan Najib - Utusan DigitalTerdahulu, perbicaraan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang sepatutnya berlangsung bermula 9 pagi ditangguhkan ke sebelah petang kerana Najib perlu menghadiri mesyuarat berhubung calon Perdana Menteri mewakili Barisan Nasional (BN) di Pusat…
Read more »
Bekas Rektor UIAM meninggal dunia - Utusan DigitalUIAM dalam satu kenyataan berkata, beliau yang merupakan bekas rektor kedua universiti itu meninggal dunia akibat sakit tua.
Read more »
Bekas eksekutif didenda RM7,000 gagal lapor rasuah - Utusan Digital'Saya mengaku salah dengan apa yang saya lakukan kerana sepanjang berada dalam lokap SPRM selepas ditahan sudah cukup memberi pengajaran'.
Read more »
