Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan perkara tersebut dan difahamkan tiga daripada mereka adalah pelajar tingkatan empat dan seorang lagi adalah pelajar tingkatan tiga yang tinggal di asrama sekolah terbabit.
SEREMBAN: Seramai empat pelajar sekolah menengah di Sikamat di sini yang disyaki terlibat alam kejadian buli sehingga mencederakan seorang pelajar tingkatan satu pada 13 Mei lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok.
“Berdasarkan maklumat, mereka akan dituduh dan selepas itu akan diberi jaminan untuk laporan akhlak sebelum tarikh baharu ditetapkan untuk dijatuhkan hukuman,” katanya. Nanda berkata, empat pelajar terlibat akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi pelajar tingkatan lima akan memberi keterangan sebagai saksi.Semalam, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah projek sukan dilaporkan dipukul dan disepak sehingga mengalami lebam di badan dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu.
Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami lebam, sakit di bahagian badan, pinggul, tangan dan bahu selain disahkan mengalami retak di pergelangan tangan.-UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zii Jia dan Liew Daren bertembung di separuh akhir Terbuka ThailandEmpat wakil negara akan berentap di separuh akhir badminton Terbuka Thailand selepas cemerlang menewaskan lawan masing-masing
Read more »
Rozman sekali lagi mohon batal tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak | The Malaysian InsightPermohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas.
Read more »
Inflasi tinggi, jenayah di London melonjakKetua Polis, Andy Cooke memberi amaran rakyat akan merusuh disebabkan kadar inflasi tinggi di United Kingdom.
Read more »
Kes remaja bunuh diri, sebutan semula kes pada 19 Jun | The Malaysian InsightPada 15 Feb lepas, remaja berkenaan dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh bayi yang baharu dilahirkannya di sebuah rumah di Seri Bandi, Kemaman.
Read more »