Warna lencana di lengan jersi pemain mencerminkan sejarah kejayaan pasukan dalam kejohanan Piala Dunia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Pelbagai lencana istimewa dapat dilihat menghiasi lengan jersi sebahagian besar pemain yang sedang bertanding di Piala Dunia FIFA 2026.
Perkara ini dapat dilihat terutama selepas perlawanan antara Brazil dan Maghribi kelmarin , apabila penonton mendapati lencana pada jersi Brazil berwarna emas, manakala Maghribi memakai lencana putih dan hitam. Yang menariknya, lencana berkenaan bakal berakhir dalam kad permainan untuk dikumpulkan menjadi satu koleksi untuk peminat seperti kad Pokémon. Emas Untuk Bekas Juara, Putih Dan Hitam Untuk Yang Lain Untuk Piala Dunia kali ini, setiap pasukan perlu memakai lencana di bahagian lengan kanan berdasarkan rekod kejayaan pasukan.
Pasukan yang pernah menjuarai kejohanan menerima lencana eksklusif berwarna emas, melibatkan tujuh negara, iaitu Brazil, Argentina, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Uruguay. Pasukan yang belum pernah mengangkat trofi Piala Dunia pula memakai lencana biasa berwarna putih dan hitam. Antaranya seperti Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan, Republik Czech, Kanada, Bosnia & Herzegovina, Qatar, Switzerland, Maghribi, Haiti, Scotland, Amerika Syarikat, Paraguay, Australia dan Turki.
Kesemuanya terdapat empat variasi reka bentuk, iaitu dua versi emas dan dua versi putih-hitam dan perbezaannya terletak pada warna ikon ’26’ serta latar belakangnya, yang dipilih supaya berlawanan dengan warna jersi pada lengan baju. Lencana Kecil Memperingati Pencapaian Pemain Berada di bawah lencana, sebahagian pemain dilihat turut memakai pelekat lebih kecil. Memetik laporan Footy Headlines yang memperoleh dokumen garis panduan pakaian seragam Piala Dunia, pelekat berkenaan bertujuan untuk memperingati pencapaian individu pemain.
Pelekat debut dipakai oleh semua pemain yang beraksi dalam Piala Dunia pertama mereka, manakala pelekat legacy pula untuk mereka yang telah menyertai lima atau lebih kejohanan ini seperti Luka Modric , Yuto Nagatomo , Manuel Neuer , Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi . Namun begitu penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa tidak memakainya kerana hanya pernah bertanding di Piala Dunia sebanyak tiga kali sahaja.
Selain itu, pelekat Golden Boot dipakai bekas pemenang anugerah penjaring terbanyak seperti Kylian Mbappe , Harry Kane dan James Rodriguez , manakala pelekat Golden Glove pula untuk bekas penjaga gol terbaik seperti Neuer , Emiliano Martinez dan Thibaut Courtois . Menariknya, Neuer layak memakai kedua-dua pelekat legacy dan Golden Glove. Dalam perlawanan pertama Jerman menentang Curacao, beliau memakai pelekat legacy. Buat masa ini, belum pasti sama ada Neuer akan menukar kepada pelekat Golden Glove dalam perlawanan akan datang.
Sementara itu, peleka debut dijangka dipakai hanya pada penampilan pertama seseorang pemain, manakala pelekat lain berkemungkinan dipakai sepanjang kejohanan. Lencana & Pelekat Itu Bakal Berakhir Dalam Kad Permainan Menurut The Athletic, pemakaian lencana dan pelekat ini merupakan keputusan yang dilakukan pada Mei lalu oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Ketua Pegawai Eksekutif Fanatics, Michael Rubin, mengenai peralihan lesen kad dan pelekat FIFA kepada Topps mulai 2031.
Ini telah menamatkan kerjasama FIFA dengan Panini sejak berdekad lamanya, dan turut membawa program lencana jersi pemain buat julung kali pada Piala Dunia ini. Sebelum ini, timbul kebimbangan bahawa hiasan itu bakal menutup sebahagian besar dada pemain, tetapi rupa-rupanya ia begitu kecil sehingga ramai penonton mungkin tidak perasan kewujudannya. Lencana itu tidak dijahit atau diletakkan secara kekal, sebaliknya hanya dilekatkan menggunakan pelekat supaya mudah ditanggalkan, walaupun cara itu kadangkala menimbulkan masalah ketika perlawanan berlangsung.
Selepas digunakan, setiap lencana dan pelekat akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam kad koleksi Topps lengkap dengan tandatangan pemain, sekali gus menjadikannya antara kad paling bernilai dalam kerjaya mereka. Namun, peminat perlu menunggu terlebih dahulu untuk memburu kad ini kerana perjanjian FIFA dengan Topps hanya bermula pada 2031, manakala Panini terus mengeluarkan kad serta pelekat berlesen sehingga Piala Dunia 2030.
Konsep ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia turut digunakan dalam sukan lain seperti, besbol , NFL, NBA, Formula 1, UFC, MLS dan WWE. Baca Artikel Berkaitan: Bukan Penaja Rasmi, Logo Levi’s Terpaksa ‘Disorok’ Di Stadium Sendiri Ketika Piala Dunia 2026 | TRP Baca Artikel Berkaitan: Jersi Pelé dari Final Piala Dunia 1958 Dijangka Bakal Cecah RM23.79 Juta di Lelongan | TRP Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lindungi anak bukan sekadar sekat akaun media sosialPENGALAMAN beberapa negara menunjukkan bahawa sekatan umur tanpa mekanisme penguatkuasaan yang berkesan sering berdepan cabaran.
Read more »
Bukan Penaja Rasmi, Logo Levi's Terpaksa 'Disorok' Di Stadium Sendiri Ketika Piala Dunia 2026Termasuk beberapa botol sos ditutup kerana bukan penaja rasmi kejohanan Piala Dunia.
Read more »
Bukan Sekadar Data, Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Kasi Tune’ Dan Tukar Ke Rangkaian Yang ‘Faster. Smarter. More Value.’ Ini!Tune Talk perkenalkan ‘Kasi Tune’, anda bukan sahaja langgan sekadar telco, tapi pengalaman digital lengkap!
Read more »
Bukan Sekadar Data, Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Kasi Tune’ Dan Tukar Ke Rangkaian Yang ‘Faster. Smarter. More Value.’ Ini!Tune Talk perkenalkan ‘Kasi Tune’, anda bukan sahaja langgan sekadar telco, tapi pengalaman digital lengkap!
Read more »




