Rap Pemilik nama sebenar Nor Balqis Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Balqis ini pernah menjuarai Bintang Kecil RTM 2010 peringkat zon pantai timur dan menduduki tempat ketiga dalam program Idola Kecil Musim Ketiga ketika berusia 11 tahun.
Pemilik nama sebenar Nor Balqis Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Balqis ini pernah menjuarai Bintang Kecil RTM 2010 peringkat zon pantai timur dan menduduki tempat ketiga dalam program Idola Kecil Musim Ketiga ketika berusia 11 tahun.
Selepas hampir 15 tahun mencari peluang mengetengahkan bakatnya, kini Balqis bakal muncul dengan single sulung berjudul Buaya yang turut menampilkan gandingannya dengan penyanyi rap, Mimifly. Lagu Buaya ciptaan Iqie Hugh dan Shaqiel Naufal serta lirik oleh Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Ratu Balqis dan Mimifly ini mengisahkan mengenai kekuatan seorang wanita yang hidupnya dikelilingi lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap wanita.
"Gelaran lelaki buaya pula berasal daripada peribahasa Melayu iaitu buaya darat yang merujuk kepada lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuan.