Brazil pertahankan 'ibu emas' Olimpik. Percaturan jurulatih Brazil Andre Jardine memasukan Malcom nyata membuahkan hasil, apabila pemain itu muncul wira buat pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-108.
TOKYO : Brazil berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2020 di Tokyo selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Sepanyol dalam aksi final di Stadium Nissan Yokohama, sebentar tadi.
Kesilapan penjaga gol Sepanyol Unai Simon yang melakukan kekasaran ke atas penyerang Brazil Matheus Cunha pada minit ke-36 mengakibatkan pengadil perlawanan Chris Beath menghadiahkan sepakan penalti selepas merujuk Video Bantuan Pengadil . Gol yang dinantikan Brazil akhir tiba pada waktu kecederaan babak pertama menerusi rembatan kencang Cunha dalam kotak penalti untuk meletakkan juara bertahan itu mendahului 1-0 sebelum memasuki bilik persalinan.
Kedudukan seri 1-1 itu kekal sehingga berakhir 90 minit waktu permainan sebenar dan pemenang terpaksa ditentukan pada masa tambahan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas pengangkat sampah menang emas Olimpik - Utusan Digital“Selain membuang sampah dan mengangkat kotak, saya juga menghantar barang-barang. Pekerjaan gasar, bayangkan sekarang saya menjadi juara Olimpik,' kata Galal Yafai
Read more »
Ingerbrigsten cipta rekod baharu Olimpik - Utusan DigitalPelari Norway, Jakob Ingerbrigsten mencipta rekod Olimpik baharu dalam acara 1,500m
Read more »
Dulu pegang sampah, kini pegang pingat Olimpik - Utusan Digital“Dulu saya mengaut sampah dan mengangkat kotak. Tidak pernah termimpi untuk berada dalam Sukan Olimpik. Sekarang saya hampir jadi juara Olimpik.'
Read more »