Bos agresif…menteri, timbalan ikut sama lah Rencana
TARIKH pilihan raya negeri enam negeri sudah diumum 12 Ogos. Hari penamaan calonnya awal dari itu 29 Julai. Tetapi setakat ini belum ada satu pun pengumuman daripada menteri kepada rakyat di negeri-negeri itu. Lapan bulan duduk jadi menteri apabila masuk PRN ini patut ada satu dua pengumuman besar – sekurang-kurangnya yang gembirakan rakyat.
Hari ini kalau ditanyakan kepada kita, apatah lagi orang muda nama menteri tertentu dan portfolionya, pasti sukar diingati mereka. Bukan setakat menteri, barangkali kita tidak kenal siapa timbalan-timbalan mereka. Kalau buat kerja pasti media terpaksa pakai berita mereka. Tapi tidak ada orang yang hendak ditulis. Kalau ada menteri yang dalam tempoh lapan bulan ini media tidak pernah tulis tentang mereka, tentu ada sesuatu tidak kena.
Kabinet adalah jawatankuasa paling utama dalam operasi seorang Perdana Menteri. Sejarah kerajaan perwakilan, sebahagian besarnya merupakan kisah bagaimana beberapa Perdana Menteri dan Presiden memacu dan mengatur pentadbiran mereka sendiri – sama ada dalam kemelut politik atau keadaan ekonomi tidak menentu.
Dan sudah tentu berkhidmat kepada negara merupakan satu kepastian yang akan sentiasa wujud. Adalah satu kebodohan jika seorang ahli politik terlepas pandang perkara ini. Seorang menteri yang berkhidmat kepada orang yang lebih berkuasa mesti tahu dari mana datangnya rezeki mereka. Orang awam akan tahu pemimpin mana kaki ampu atau bodek dan yang mana benar-benar berfikir.Mengatur program atau perkenalkan inisiatif baharu daripada sesebuah kementerian, harus tahu khalayak dituju.
Tetapi ia dibuat keterlaluan sehingga ada ‘guru besar’ pula yang menjadi pengawas pihak kerajaan untuk semua menteri. Menteri dari seberang Laut China Selatan itu yang membuat penentuan KPI, tapi dirinya sendiri tidak ada KPI. Dia tukang catur sahaja.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Calonkan Tok Mat akan bantu PH-BN kekal N Sembilan, kata penganalisisTimbalan presiden Umno itu, yang pernah menjadi menteri besar dikatakan masih sangat popular di Negeri Sembilan.
Read more »
Sabah, Sarawak disaran pinda Ordinan BuruhAkta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jan tahun ini yang antaranya memperuntukkan masa kerja disingkatkan daripada 48 jam kepada 45 jam, cuti paterniti ditingkatkan kepada tujuh hari dan pindaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.
Read more »
Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air | The Malaysian InsightTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasarullah Mohd Nasir berkata selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan JBPM.
Read more »
PAS sedia jika PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN | The Malaysian InsightTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya tidak mempunyai masalah kerana jentera parti sudah bersedia susulan PRN yang akan berlangsung di enam negeri.
Read more »
Pemilihan Gerakan: 4 penjuru tanding jawatan presiden, timbalan, naib | The Malaysian InsightPresiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mempertahan jawatannya akan dicabar Naib Presiden Michael Gan Peng Lam serta bekas setiausaha agung Liang Teck Meng dan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Lau Hoi Keong.
Read more »