BANYAK ‘kepala’ dalam merangka strategi pilihan raya boleh bikin kacau dibuatnya. Sedangkan kemenangan dikatakan sudah dalam genggaman.
Kalau diperhati dalam setiap parti politik negara ini, pasti ada kem dan cainya. Kem si polan-polan, kem si anu anu. Ada strategi tersendiri, sendiri-sendiri.
Diperketatkan -nya. Kini, PM dari UMNO, ada pula dari parti berkenaan bercakap, “kena buat Pilihan Raya Umum Ke-15 awal , kalau tak, susah partinya untuk menang.” Tetapi siapapun yang jadi PM sudah tentu ada impian mahu kekal lama. Itu haknya.Maka kalau dalam bisnes hari ini pun boleh rasai kemelutnya, yang beli barang makanan lagilah terasa.
Belum lagi reda, sudah masuk pula isu hakim yang dikatakan menghakis keyakinan imej kehakiman. Khabarnya, menggamit perhatian kelas pertengahan sehingga dimomokkan ‘dia pula dapat simpati.’ Dan kata mereka ini kalau dibuat survey hari ini dengan andaian tidak dikendalikan isu dengan baik, mustahil keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor diulangi dalam PRU nanti.
Seorang dua diplomat asing ada yang mula bercakap sehari dua ini, oleh kerana Malaysia belum ada kestabilan politik, maka susah hendak dapat keputusan. Pelaburan langsung asing dikhuatiri terencat separuh jalan. Jadi, untuk pastikan kerajaan yang stabil, hanya PRU jawapan terbaik pengakhiran kemelut politik ini.Perang di Ukraine, diberi amaran oleh Presiden Bank Dunia, David Malpass suatu malapetaka kepada dunia kerana menyekat pertumbuhan ekonomi.
Kata firma pelaburan JP Morgan, Russia dan Ukraine menyumbang sebanyak 28.9 peratus daripada eksport gandum global. Bekalan Russia bagi komoditi itu bagaimanapun kini terbatas disebabkan sekatan meluas yang menyukarkan negara-negara lain untuk membeli produknya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Buka sempadan beri limpahan ekonomi kepada JohorRIBUAN warga Singapura berkunjung ke Johor untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Read more »
Traffic continues to build up on major highways, roads | The Malaysian InsightTraffic continues to build up on major highways, roads
Read more »
Lima beradik hampir ‘tiada’ baju raya'Kalau tiada sumbangan, Aidilfitri kali ini tahun ketiga berturut-turut lima anak saya tiada baju raya sebab tak mampu beli,' kata Abdul Rahim Lateh, 69, ketika berkongsi kegembiraan menerima sumbangan wang tunai untuk membeli kelengkapan raya, semalam.
Read more »
Balang kuih raya: Pilih cantik atau praktikal?Kuih 'masuk angin' kalau salah pilih balang kuih raya.
Read more »
A time of celebration for all MalaysiansThis film tells the story of four cheeky children feeling bewildered by the different ways their relatives from the north, south, east and west of the country celebrate Raya. Tenaga_Nasional
Read more »
England dan Perancis sambut Aidilfitri esokSambutan Hari Raya Aidilfitri bakal disambut bermula esok di England dan Perancis.
Read more »