KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) termasuk sekiranya banjir meland...
: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut termasuk sekiranya banjir melanda di kawasan Pilihan Raya Kecil . Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata pihaknya telah bersedia sekiranya terdapat permintaan termasuk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan kelancaran PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini dan PRK Dewan Undangan Jepak 4 Nov ini.
“Sekiranya ada keperluan bantuan daripada bomba, kita memang bersedia membantu menggerakkan aset-aset yang ada berdasarkan keperluan semasa. Contohnya untuk menghantar pengundi ke pusat pengundian atau untuk tujuan pengurusan peti-peti undi, ini memang kita bersedia. “Khususnya bagi PRK Kemaman, kita telah kenal pasti sebanyak 36 lokasi ‘hotspot’ berisiko banjir jadi kita telah arahkan JBPM Terengganu supaya bersiap sedia sekiranya terdapat kawasan pengundian yang terjejas banjir,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM di sini hari ini. Pada majlis tersebut seramai 59 pegawai dan anggota di Terengganu menerima APC manakala 45 pegawai dan anggota menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun. Dalam pada itu Abdul Wahab berkata JBPM telah mewujudkan Pasukan Gerak Cepat MTL di seluruh negeri yang akan memudahkan usaha pemindahan dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Katanya pasukan tersebut di setiap negeri mempunyai 15 ahli yang terdiri daripada pegawai dan anggota pelbagai kemahiran seperti Pasukan Penyelamatan Di Air dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan. Ditanya mengenai Terengganu, Kelantan dan Pahang yang dijangka merupakan terawal menerima taburan hujan lebat, Abdul Wahab berkata pihaknya telah menjadikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai dekat Marang sebagai pengkalan hadapan bagi zon Pantai Timur untuk menempatkan aset-aset penyelamatan. “Aset-aset penyelamatan ini mula ditempatkan di akademi kita mulai November depan. Apabila banjir berlaku di seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang aset-aset ini akan segera digerakkan ke kawasan terlibat,” katanya. - BernamaDua didakwa muat naik iklan perasmian kedai emas oleh Tengku Bendahara Kelantan tanpa kebenaran
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Annuar Musa antara nama dicadang tanding PRK Kemaman, kata PASTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, nama pengerusi MN itu antara yang dicadangkan, selain Dr Mahathir Mohamad.
Read more »
PRK Kemaman: BN atau Pas yang patut bertanding?Bersatu mahu BN tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember ini namun UMNO pula menegaskan Pas yang sepatutnya melupakan kerusi berkenaan.
Read more »
Annuar Musa to contest in Kemaman?PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man reveals the former Umno leader is among the names being suggested to stand in the by-election in Terengganu.
Read more »
PRK Kemaman: Menang kalah bukan persoalan, kata KhaledNaib Presiden Khaled Nordin berkata Umno mahu dekati masyarakat setempat dan sampaikan hala tuju perjuangan.
Read more »
PRK Kemaman: Anak tempatan bakal jadi taruhan BN, kata ZahidTimbalan perdana menteri yang juga presiden Umno itu berkata partinya telah memperoleh beberapa nama sebagai calon dan ia akan disenarai pendek dalam masa terdekat.
Read more »
PRK Kemaman: Bomba bersedia hadapi banjir tempoh kempenPRK Kemaman: Bomba bersedia hadapi banjir tempoh kempen
Read more »




