Seekor anak kucing berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam satu saluran paip di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang,
GEORGE TOWN : Seekor anak kucing berdepan detik-detik mencemaskan apabila terperangkap dalam satu saluran paip di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, petang semalam.
Bagaimanapun, haiwan itu bernasib baik apabila diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru sebaik sahaja menerima info mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 3 petang. Seorang jurucakap bomba memberitahu, sebaik sahaja tiba di lokasi, anak kucing itu didapati masih berada dalam paip saliran keluar air di atas jambatan tersebut.
Katanya, kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan cara menurunkan anggota yang terlibat melalui kaedah ‘rappelling’ atau mengawal penurunan secara menegak pada bahagian sisi tepi bawah pembahagi jambatan disebabkan ruang yang terhad. “Selain itu, bomba juga terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong paip PVC terbabit bagi membolehkan anak kucing tersebut dikeluarkan dengan selamat,” katanya di sini, hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
3,000 ayam dijual RM5 seekor ‘licin’ dalam masa sejamSebanyak 3,000 ekor ayam berharga RM5 seekor dijual kepada penduduk di sini sebagai persediaan menghadapi musim baharu gelombang banjir.
Read more »
Israel serang jambatan di sempadan Syria-LubnanIsrael serang jambatan di sempadan Syria-Lubnan
Read more »
'Jangan Pandang Belakang Beruk' - Detik Cemas Wanita Hampir Diterkam Seekor Monyet LiarBahaya betul spesis beruk macam ni.
Read more »
1,650 Penduduk RKT Kesedar Chalil terputus hubungan, sungai melimpahSejak semalam hujan berterusan dan pagi ini air melimpahi jambatan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Chalil.
Read more »
Banjir: 32 jambatan Bailey dibina di lokasi terjejas“Beberapa tindakan kejuruteraan dilakukan di kawasan terjejas yang dikenal pasti mempunyai struktur tanah lembut dan mudah rosak.
Read more »
Banjir: Bina 32 jambatan Bailey di lokasi terjejasKerajaan mengatur gerak pembinaan sebanyak 32 jambatan Bailey yang terjejas akibat banjir lalu menyebabkan penduduk terputus hubungan.
Read more »