Melibatkan perkampungan Orang Asli dan lokasi berisiko. oranghilang bomba
Dalam perlumbaan lasak tersebut, empat kategori dipertandingan iaitu 10 km, 25 km, 50 km dan 100 km dengan Mohammad Ashraf mengambil bahagian dalam acara bagi larian 25 km.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohamad Yunus Abu berkata, pencarian di laluan terbaharu itu melibatkan perkampungan Orang Asli dan lokasi berisiko di mana anggota perlu merentas sungai dan kawasan berbukit. Katanya, kawasan itu juga berhampiran laluan asal Mohammad Ashraf dalam perlumbaan berkenaan yang telah beberapa kali diperiksa oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini.“Bermula semalam, operasi pencarian dibantu oleh anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia Selangor dan Negeri Sembilan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mencari orang hilang.
“Hari ini, operasi diteruskan lagi namun menumpukan kepada kawasan baharu iaitu laluan peserta bagi kategori 50 km. Kita akan berusaha mencari setiap inci kawasan yang dijangka atau berpotensi mangsa tersasar dari laluan asalnya,” katanya ketika ditemui di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Naluri ibu terpanggilgopeng “Nampak mak tak Acap? Mak sini Acap...sini...kuat Acap...jalan Acap sini...Acap kuat Acap...tolong mak Acap sini Acap...sikit lagi Acap...Aishah tunggu ni Acap.”
Read more »
[UPDATE] 'Acap...mak kat sini...balik nak'“ACAP...Acap..mak kat sini...balik Acap,” demikian panggilan pilu ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Read more »
Bomba akan terus cari AcapBESUT 30 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau panggilan mesra Acap, meskipun pihak lain telah menghentikannya.
Read more »
Storm Selangor, Negeri Sembilan bantu cari AcapGOPENG 1 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dari Selangor dan Negeri Sembilan untuk operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu.
Read more »
[VIDEO] Ibu mimpi anak hilang kini di Gua TempurungGOPENG 1 April - Biarpun usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, memasuki hari kesepuluh hari ini, namun keluarga lelaki itu sama sekali tidak patah semangat malah berusaha mencarinya meskipun petunjuk yang diperoleh hanya melalui mimpi.
Read more »
Polis terus cari Acap pada skala kecilIPOH 31 Mac - Polis Perak tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang sejak seminggu lalu dalam skala yang kecil sahaja.
Read more »
SAR dihentikan, polis tetap cari AcapPOLIS Perak tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang sejak seminggu lalu dalam skala yang kecil sahaja.
Read more »
Rakan yakin Acap selamat“SAYA risau tetapi yakin Acap selamat dan boleh bertahan sampai kami menemuinya,” kata Mohd Efandey Sinin, 44, rakan kepada Mohamad Ashraf Hasan, 29, yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak, Sabtu lalu.
Read more »
Masih tiada petunjuk pencarian Acapgopeng Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya menjalankan lebih perincian terhadap operasi SAR dari ‘check point’ pertama hingga ke garisan penamat laluan peserta sejauh 25 kilometer.
Read more »
Orang awam bantu cari mangsa hilang nasihat utamakan keselamatanGOPENG 1 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai yang mahu membantu mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak seminggu lalu agar mengutamakan aspek keselamatan.
Read more »