Agensi anti-rasuah itu tidak ada halangan untuk melakukannya kerana ia adalah badan bebas. FMTNews LimGuanEng
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas untuk membuka semula siasatan kes pembelian banglo bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng jika ada bukti baru.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat hari ini Takiyuddin berkata, agensi anti-rasuah itu tidak ada halangan untuk melakukannya kerana ia adalah badan bebas. Terdahulu, Fadhli bertanya adakah Putrajaya berhasrat membuka semula siasatan terhadap kes itu selepas pertuduhan terhadap Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon digugurkan pada September 2018.“Ini bermaksud tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan dan bukan bermaksud pelepasan sepenuhnya. Namun, mahkamah setelah mendengar hujah pihak Peguam Negara terdapat petunjuk baru, mahkamah telah memberikan pelepasan sepenuhnya kepada tertuduh.
Pada 30 Jun 2016 Lim didakwa menggunakan jawatan atau kedudukan awamnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan untuk diri dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan permohonan menukar tanah pertanian kepada tanah perumahan dalam satu mesyuarat ecxo negeri pada 18 Julai 2014. Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta, yang lebih rendah daripada harga pasaran hartanah itu sebanyak RM4.7 juta pada masa itu.Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 3 Sept 2018 oleh Mahkamah Tinggi George Town selepas Peguam Negara menggugurkan pertuduhan itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Azmin, Guan Eng clash over Cabinet minutes on trade pact under PH govtMohamed Azmin Ali says the PH Cabinet agreed to ratify the CTPPP but Lim Guan Eng denies this. FMTNews Parliament
Read more »
Ahmad Maslan persoal tindakan ke atas Guan Eng berhubung dakwaan ‘rompakan’ wang GSTPada Ogos 2018 Lim berkata, kerajaan BN gagal membayar bayaran balik GST sebanyak RM19.4 bilion. FMTNews LGE GST
Read more »
Azmin accuses Guan Eng of twisting facts on trade pactThe former finance minister had denied that the PH government had agreed to ratify the CPTPP. FMTNews LimGuanEng AzminAli PakatanHarapan
Read more »
Decision to ratify CPTPP made by Pakatan Cabinet, Azmin tells Guan Eng | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 4 — Senior Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali has clarified that the decision to not set a time frame to ratify the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) was made by the previous Pakatan Harapan (PH) Cabinet. The International Trade and...
Read more »