hululangat prksemenyih “Betul tidak tahu malu, tengok kelakuan dia, tak malu langsung. Saya mungkin salah kadang-kadang, tapi saya tidak salah bila tolak Najib,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, memilih calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih adalah perbuatan sia-sia kerana parti itu sudah tiada.“Sudah habis, yang ada UMNO, pada nama saja, UMNO pun dah hancur, banyak ahli minta nak masuk Pakatan Harapan dan BERSATU , yang tinggal itu nak jalan pun tak larat dah,” kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ceramah Perdana PH sempena PRK DUN Semenyih di Taman Pelangi, Hulu Langat, malam tadi.Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta mereka yang terpengaruh dan setia dengan kempen #Bossku supaya berfikir semula kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disanjung itu membawa masalah kepada negara.
“Tahu apa makna perkataan boss ini? Ia datang dari Amerika Syarikat . Orang kulit hitam panggil pemilik mereka sebagai boss, jadi bila panggil bossku, tu maknanya kita jadi milik boss. Kita sudah merdeka, adakah kita mahu jadi hamba lagi? “Betul tidak tahu malu, tengok kelakuan dia, tak malu langsung. Saya mungkin salah kadang-kadang, tapi saya tidak salah bila tolak Najib,” kata beliau.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yakin dengan pemilihan Muhammad Aiman Zainali yang juga calon PH sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri akan melaksanakan tanggungjawab dan janjinya.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 12:01 AM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Speak up on low price Singapore is paying for raw water, PM tells JohorDr Mahathir Mohamad says Singapore’s rapid growth is thanks to water from Malaysia.
Read more »
Securing two-thirds is top priority for government, says PM | The Malaysian InsightDr Mahathir Mohamad says this will allow Pakatan to easily implement its promised policies.
Read more »
PM urges private sector to contribute to nation’s economy | The Malaysian InsightDr Mahathir Mohamad requests private sector players to reciprocate in goverment’s support for country’s growth.
Read more »