BN Negeri Sembilan yakin keputusan mengenai minta dua kerusi tidak akan mengecewakan BERITA NASIONAL Politik TERKINI
PORT DICKSON: Keputusan yang akan dibuat oleh pihak jawatankuasa Majlis Presiden dalam masa terdekat mengenai permintaan dua kerusi tambahan untuk ditandingi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri di Negeri Sembilan kelak diyakini tidak akan mengecewakan kedua-dua belah pihak.
“Saya sudah sebut sebelum ini, BN minta supaya dipertimbangkan dua kerusi tambahan untuk BN, jadi Pakatan Harapan dan BN sama-sama bertanding 18 kerusi, rasional dan justifikasinya juga sudah saya sebut. Saya fikir wajar ia diberikan perhatian supaya BN dan PH masuk ke gelanggang pilihan raya dengan jumlah kerusi yang sama.
Sebelum ini Jalaluddin meminta tambahan dua kerusi untuk ditandingi daripada 16 buah kerusi sedia ada dimenangi BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Selepas pilihan raya umum itu, PH memenangi sebanyak 20 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN di negeri ini dan selebihnya dimenangi oleh BN.
Beliau bagaimanapun berkata, terdapat satu ke dua kerusi di kesemua negeri yang masih belum dapat diputuskan dan memerlukan keputusan membabitkan rundingan Presiden parti.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Atlet Negeri Sembilan terima insentif menang pingat di Sukan SEA KembojaAtlet Negeri Sembilan terima insentif menang pingat di Sukan SEA Kemboja BERITA SUKAN TERKINI
Read more »
Lorry driver, attendant killed in crash in Negri SembilanSEREMBAN: A lorry driver in his 50s and his attendant were killed in an accident along Jalan Seremban-Kuala Klawang near Bukit Tangga.
Read more »
Judi: Tahniah kerajaan negeri PerlisJudi: Tahniah kerajaan negeri Perlis BERITA NASIONAL judi KerajaanPerlis
Read more »