Difahamkan, penilaian kemasukan melalui sistem UPUOnline tetap berpandukan syarat penuh SPM.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta diperakui Kementerian Pendidikan kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke institusi pendidikan tinggi awam , keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan sebelum ini hanya melibatkan laluan khas untuk kursus tertentu dan bukannya pemansuhan syarat asas kemasukan ke IPTA .
"Jadi kerajaan sudah membuat pertimbangan ini untuk laluan bagi kursus tapi asasnya tetap kepada SPM. SPM itu tetap wajib walaupun dia belajar aliran itu .
"Ya, itu keputusan Kabinetlah melainkan yang diputuskan juga untuk mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,"Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan bahawa calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta pemegang Sijil Peperiksaan Bersama kini mempunyai peluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di IPTA Bagi lepasan tahfiz, antara program yang dibuka termasuk Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam .
Sementara itu, bagi lepasan SMPC atau UEC pula, antara program yang dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina serta Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan. Dalam masa sama, calon daripada aliran terbabit yang memiliki SPM penuh masih boleh memohon mana-mana program pengajian melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit serta pakej mata pelajaran yang ditetapkan KPM.
Difahamkan, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa calon daripada aliran terbabit yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian LPM serta diperakui KPM boleh dipertimbangkan mengikuti program tertentu di IPTA. Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa penilaian kemasukan melalui sistem UPUOnline tetap berpandukan syarat penuh SPM.
Ipta Perkongsian Seismik Sejarah Spm Subjek Syaratpermohonan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Subsidi BUDI95 Untuk T20 Kekal Tidak Berubah Buat Masa Ini – Menteri Pengangkutan, Antony LokePengalihan subsidi RON95 untuk rakyat Malaysia berpendapatan tinggi telah dibincangkan oleh para pemimpin politik dan ahli ekonomi sejak dua minggu lalu.
Read more »
Subsidi BUDI95 Untuk T20 Kekal Tidak Berubah Buat Masa Ini – Menteri Pengangkutan, Antony LokePengalihan subsidi RON95 untuk rakyat Malaysia berpendapatan tinggi telah dibincangkan oleh para pemimpin politik dan ahli ekonomi sejak dua minggu lalu.
Read more »
Penjawat awam kekal bebas tuduhan babit kad pengenalan palsuKota Kinabalu: Mahkamah Tinggi pada Khamis mengekalkan keputusan membebaskan seorang penjawat awam daripada pertuduhan membuat kad pengenalan palsu.
Read more »
Menteri Pendidikan Tinggi: Bahasa Melayu, Sejarah tetap syarat wajib untuk IPTA, bukan hanya untuk kursus tertentuDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, menegaskan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui Kementerian Pendidikan (KPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan sebelum ini hanya melibatkan laluan khas untuk kursus tertentu dan bukannya pemansuhan syarat asas kemasukan ke IPTA.
Read more »




