Beyond the Breaking News

Blake Lively tuntut pampasan dan ganti rugi terhadap Justin Baldoni

United States News News

Blake Lively tuntut pampasan dan ganti rugi terhadap Justin Baldoni
United States Latest News,United States Headlines

Blake Lively tuntut pampasan dan ganti rugi terhadap Justin Baldoni

NEW JERSEY: Pertikaian undang-undang membabitkan pelakon Hollywood, Blake Lively dan Justin Baldoni berhubung filem ‘It Ends With Us’ masih belum berakhir meskipun kedua-dua pihak mencapai penyelesaian baru-baru ini.

Menurut sumber daripada TMZ, Blake atau nama sebenarnya Blake Ellender Brown, 39, telah memfailkan tuntutan baharu bagi mendapatkan pampasan kewangan daripada Justin. Tuntutan ini adalah berdasarkan undang-undang California yang melindungi individu daripada tindakan balas selepas membuat aduan gangguan di tempat kerja. Peguam Blake, Michael Gottlieb dan Esra Hudson mengatakan bahawa Blake akan meneruskan tuntutan terhadap Justin dan pihak berkaitan kerana memfailkan saman fitnah terhadapnya.

Sebelum ini, Justin memfailkan saman fitnah selepas Blake membuat aduan gangguan seksual terhadapnya ketika penggambaran filem tersebut berlangsung. Dalam pada itu, saman fitnah ini membuka ruang kepada Blake untuk menuntut bayaran guaman selain pampasan dan ganti rugi punitif. Peguam Justin, Bryan Freedman bagaimanapun menyifatkan pihak mereka memperoleh kemenangan besar selepas mahkamah menggugurkan hampir keseluruhan tuntutan dikemukakan Blake.

“Mahkamah sudah menggugurkan 10 daripada 13 tuntutan dikemukakan Blake termasuk semua dakwaan gangguan seksual dan fitnah. “Pada pandangan saya, mereka memilih untuk menyelesaikan kes ini kerana tahu mereka akan kalah di mahkamah. Apa yang tinggal sekarang hanyalah tuntutan bayaran guaman berkaitan isu tertentu,” katanya. Sementara itu, peguam Blake pula mendakwa saman fitnah difailkan terhadap pelakon itu sebelum ini bertujuan mendiamkan isu ini daripada terus bersuara.

“Penyelesaian ini adalah kemenangan besar buat Blake Lively. Defendan kini perlu bertanggungjawab kerana didakwa menyalahgunakan sistem perundangan untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan Blake,” katanya. Terdahulu, konflik antara Blake dan Justin mula menjadi perhatian selepas kedua-duanya bekerjasama menerusi filem ‘It Ends With Us’ yang diadaptasi daripada novel popular karya Colleen Hoover sebelum hubungan mereka dilaporkan menjadi tegang susulan pelbagai dakwaan dibangkitkan di mahkamah. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

AS gesa Jepun, sekutu bantu buka semula Selat HormuzAS gesa Jepun, sekutu bantu buka semula Selat HormuzAmerika Syarikat (AS) memperbaharui gesaan terhadap Jepun, Korea Selatan dan sekutu lain untuk membantu membuka semula Selat Hormuz berikutan
Read more »

Akses pendidikan seimbang kunci perkasa tenaga kerja masa depanAkses pendidikan seimbang kunci perkasa tenaga kerja masa depanRANAU: Usaha memperkukuh pembangunan modal insan dalam kalangan belia Sabah kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri dengan penekanan terhadap peluasan akses dan
Read more »

10,511 warga Mindef terima APC, PPT10,511 warga Mindef terima APC, PPTSeramai 10,511 warga Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap khidmat dan komitmen mereka kepada negara.
Read more »

Polis Sabah digesa tinggalkan stigma, guna khidmat kaunselingPolis Sabah digesa tinggalkan stigma, guna khidmat kaunselingKota Kinabalu: Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah digesa supaya meninggalkan stigma terhadap perkhidmatan kaunseling dan mendapatkan sokonga
Read more »

Keluarga Pelancong India Jatuh Dalam Sinkhole Tuntut Pampasan RM824,000 Daripada KerajaanKeluarga Pelancong India Jatuh Dalam Sinkhole Tuntut Pampasan RM824,000 Daripada KerajaanDifahamkan, keluarga mangsa menerima sijil kematian Vijaya Lakshmi semalam, 6 Mei.
Read more »

Keluarga Pelancong India Jatuh Dalam Sinkhole Tuntut Pampasan RM824,000 Daripada KerajaanKeluarga Pelancong India Jatuh Dalam Sinkhole Tuntut Pampasan RM824,000 Daripada KerajaanDifahamkan, keluarga mangsa menerima sijil kematian Vijaya Lakshmi semalam, 6 Mei.
Read more »



Render Time: 2026-06-09 02:53:08