Penggunaan logo Pas melambangkan penyatuan dan perpaduan antara parti-parti komponen.
ALOR SETAR: Komponen Perikatan Nasional seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia diseru menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .
Perwakilan Pas Pahang, Wan Razali Wan Nor berkata, penggunaan logo Pas melambangkan penyatuan dan perpaduan antara parti-parti komponen. “Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju dengan Perwakilan Terengganu dalam Konvensyen PN mencadangkan supaya Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan logo Pas pada PRU15.
“Kita juga berharap logo Pas tidak terhad kepada Pas negeri, tetapi sebagai simbol perpaduan, saya suka mencadangkan agar parti-parti lain yang bersepakat dengan Pas seperti Bersatu agar menggunakan logo bulan,” katanya dalam perbahasan Muktamar Pas Ke-68, di sini hari ini.“Penggunaan logo Pas telah terbukti bukan hanya membawa simbol penyatuan, malahan simbol integriti sebagaimana pencapaian Pas di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Jadi, ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat seterusnya mencapai kemenangan pada PRU15,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muktamar Pas: Selangor turut mohon guna logo PasPenggunaan logo Pas penting jika Pas serius mahu memainkan peranan sebagai pendamai agar dilihat tidak memihak tetapi mesra semua pihak.
Read more »
Ahli Pas wajib menangkan calon Bersatu, Gerakan - Wakil Pas Johor'Dalam PRN Johor lepas, ada ahli yang tidak wala' (kecintaan dan kesetiaan) dan tidak tsiqah (percaya) pada pimpinan.'
Read more »
Muktamar Pas: Baiah lebih hebat berbanding undang-undang lompat parti'Sesiapa yang tidak memelihara integriti pasti melompat sendiri kerana mereka kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin atau dipecat dengan tindakan disiplin.'
Read more »
Sumpah baiah PAS atasi undang-undang lompat parti, kata Hadi | The Malaysian InsightBeliau mahu perwakilan PAS percaya sumpah taat setia PAS lebih berkesan berbanding undang-undang yang baru dimaktubkan.
Read more »