Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor. Bekas menteri, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan berkata, parti berkenaan akan mengenal pasti kerusi yang akan ditandingi menerusi perbincangan dengan wakil-wakil negeri mereka.
“Perbincangan tersebut dijadualkan berlangsung hari ini. Keputusan ini dimuktamadkan selepas beberapa siri perbincangan yang melibatkan kepimpinan Bersama serta ahli-ahli terpilih dari seluruh negara,” katanya hari ini. Menurut kenyataan tersebut, PRN Johor merupakan peluang kepada Bersama untuk memperkenalkan parti itu yang dilancarkan pada 17 Mei lalu kepada pengundi di Johor. Katanya, penyertaan Bersama dalam PRN Johor akan membolehkan parti membina jentera pilihan rayanya dalam tempoh yang singkat serta menilai kekuatan dan kelemahan yang ada sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
“Selaras dengan matlamat itu, jelajah Bersama ke seluruh negara akan bermula di Johor pada pukul 8 malam, Sabtu di Pusat Konvensyen Danga Bay. “Jelajah yang dikenali sebagai Jelajah Kancil itu akan memberi tumpuan kepada agenda 12 perkara Bersama, dengan setiap negeri mengetengahkan satu agenda utama,” katanya. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rafizi dicabar bawa Parti Kancil masuk gelanggang PRN JohorDatuk Seri Rafizi Ramli dicabar untuk memasuki gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menguji kekuatan Parti Kancil beliau sekiranya percaya rakyat mahukan politik baharu yang dilaungkannya.
Read more »
Two Singapore residents who were on board MV Hondius still hantavirus-free, allowed to quarantine at homeKUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia (Bersama) will contest the upcoming 16th Johor election.
Read more »
Bangladeshi FM elected president of UN General AssemblyKUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia (Bersama) will contest the upcoming 16th Johor election.
Read more »
Vietnamese deputy PM urges intensified crackdown on IP violationsKUALA LUMPUR: Parti Bersama Malaysia (Bersama) will contest the upcoming 16th Johor election.
Read more »




