kotakinabalu Gudang beli-belah Metrojaya mengesahkan gambar tular memperlihatkan kerosakan pada barangan kulit serta pakaian di Metrojaya Suria Sabah.
Pengendali gedung beli-belah itu, Kumpulan The MUI mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka di Metrojaya Suria Sabah, namun kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.
Ketua Pemasaran Kumpulan The MUI, Karen Mak berkata, ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan. Beliau berkata, semua barangan yang rosak sudah dikeluarkan daripada rak pameran dan digantikan dengan stok baharu. "Kami menutup operasi selama hampir dua bulan sejak 18 Mac lalu sesuai dengan arahan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan .
"Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.Terdahulu, beberapa keping gambar menunjukkan barangan dipercayai di Metrojaya Suria Sabah mengalami kerosakan teruk dan berkulat selepas premis terbabit tidak dibenarkan operasi sepanjang PKP.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PKPB: SOP Kementerian Wilayah lebih ketatPROSEDUR Operasi Standard (SOP) di bawah Kementerian Wilayah akan lebih ketat selepas kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Read more »
DBKL keluar notis perintah tutup tapak pembinaan di Jalan Ampang | The Malaysian InsightTapak itu diarah tutup selama 30 hari kerana tidak mematuhi syarat kelulusan perintah pembangunan DBKL.
Read more »
Pendatang tanpa izin ditahan di kawasan PKPD Selayang | The Malaysian InsightSeramai 150 kakitangan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan terlibat dalam operasi yang bermula 6 pagi tadi.
Read more »
Terminal bas jadi pusat operasi PKPDPetalingjaya Terminal Bas Jalan Othman dijadikan pusat operasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.
Read more »
'Tak boleh mekap dan bersiap' - Diana RafarRap Diana, 38, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, kesihatannya tidak menentu selain mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
Read more »
DBKL tutup tapak pembinaan di Jalan Ampangkualalumpur PKPB Sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur diarah tutup selama 30 hari kerana tidak mematuhi syarat kelulusan perintah pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Read more »