Memiliki kenderaan vintaj bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya turut digunakan sebagai kereta sampingan. utusanonline
Mohd. Albiq Azmin, 32, berkata, memiliki kenderaan vintaj bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya turut digunakan sebagai kereta sampingan untuk melancarkan urusan perniagaan dalam membawa bekalan buah-buahan.
Katanya, lebih menarik apabila kereta keluaran tahun 1978 yang dibeli pada harga RM7,500 itu sering menjadi perhatian ramai sekali gus melariskan jualan buah-buahan di kedainya di Aby Nanas yang terletak di Ketereh. "Saya namakan pikap ini The Bebek kerana ia kelihatan seperti itik dan kos keseluruhan ubah suainya mencecah RM38,000 termasuk sistem audio, penghawa dingin, badan kereta dan membaiki enjin. "Sejak ada The Bebek, boleh dikatakan jualan makin meningkat kerana pelanggan teruja dengan reka bentuk dan warnanya yang menarik di samping tidak melepaskan peluang untuk bergambar," katanya ketika ditemui dalam program Caller Ganu Meet Autoshow 2019 di pekarangan Muzium Negeri di sini hari ini. Hampir 70 buah kereta vintaj dan 'rare' ditampilkan dalam program yang julung kali diadakan di Terengganu itu dengan 90 peratus merupakan koleksi peribadi anak negeri dan pertama kali dipamerkan. Kereta itu antaranya Mercedes-Benz 1857, Panther 1978, Volkswagen Bettle dan Mercedes-Benz Ponton 1953-1963. Mohd. Albiq berkata, dia merancang untuk menaik taraf sistem audio The Bebek di samping beberapa komponen lain dengan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM15,000 lagi. Katanya, The Bebek yang pernah merangkul hadiah dalam pertandingan termasuk Best of The Best Tasik Kenyir 2018 dan Art of Speed 2018 turut diintai beberapa peminat kereta vintaj, namun dia belum berhasrat untuk menjual kenderaan tersebut. Sementara itu, penganjur program, Mohd. Hafizul Harun berkata, penganjuran acara itu akan diteruskan di masa akan datang berikutan sambutan menggalakkan yang diterima. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Raub Sessions Court fines fake dentist RM50,000 | Malay MailRAUB, Sept 19 — The Sessions Court here today imposed a fine of RM50,000 on a 25-year-old woman who pleaded guilty to undertaking a fitting service for dental braces without a licence. Judge Mazelan Jamaludin also ordered that the offender, Nurul Rohaizaz Farhana Syuhada Zazli, should be jailed...
Read more »
Two men in viral fighting video get one-day jail and RM1,000 fine eachKUALA LUMPUR: Two men filmed fighting at a toll plaza in a viral video has been jailed a day and fined RM1,000 each by a Magistrate's Court here.
Read more »
Two men in Bukit Kiara toll plaza brawl jailed for one day, fined RM1,000 each | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 20 — Two men involved in a scuffle at the Bukit Kiara toll plaza, which has gone viral on social media, has been jailed a day and fined RM1,000 each by a Magistrate’s Court here today. Magistrate Noorasyikin Sahat meted out the sentence against an information technology...
Read more »
2 men fighting at Bukit Kiara toll plaza get a day's jail, RM1,000 fine and some adviceMagistrate ticks off one motorist for not being a good Muslim and advises the other to set a good example for his children. FMTNews
Read more »
RM80,000 kos Operasi Pembenihan AwanKOS dianggarkan berjumlah RM80,000 perlu dikeluarkan kerajaan untuk setiap kali Operasi Pembenihan Awan (OPA) dijalankan bagi mengatasi jerebu.
Read more »
Tiga warga emas ditipu lebih RM500,000MELAKA 21 Sept. - Tiga warga emas ditipu lebih RM500,000 oleh sindiket penipuan yang mendakwa mereka mempunyai tunggakan cukai tanah yang perlu dijelaskan agar tidak diusir keluar dari rumah di Jalan Tukang Besi di sini, sejak akhir 2015.
Read more »




