Berarak mega hitam
Atap zink sebuah rumah usang yang berdindingkan papan kayu jati dan berhampar lantai simen di sebuah perkampungan Cina Peranakan Kelantan semakin membahang dipancar kilau jingga suria pada satu hari yang suram. Walaupun sudah menjangkau usia seabad, rumah kecil itu masih teguh terpacak di tepi baruh meneduh hidup empat sekeluarga, yang pada hari ini meratapi kehilangan satu nyawa.“Nak bawa lari ke mana?” soal Kim Gek kepada abang keduanya.
Halaman rumah Ah Hui telah dipenuhi sanak saudara dan rakan taulan yang datang beramai-ramai untuk memberikan sumbangan. Setiap wajah yang berkunjung ke situ kelihatan sugul. Malam menjelma tiba. Di sekitar rumah usang itu gelap gelita. Upacara sembahyang khas akan diadakan sebentar lagi. Waris dan tetangga berhimpun di bawah khemah di sebelah rumah usang itu. Kemudian kelihatan beberapa orang sami Buddha membaca mantera diikuti oleh pengikutnya.
Tabir pagi pun dilabuhkan. Kicauan sang unggas menceriakan suasana pagi. Ah Heng dan Kim Gek segera berlari ke rumah Uncle Tiong yang terletak beberapa kilometer dari rumah mereka.Detik yang dinantikan telah pun tiba. Semua hadirin berbaris untuk menyaksikan upacara gemilang bagi meraikan hari terakhir bapa mereka di atas dunia. Tiba-tiba terdengar suatu suara nyaring melaung dari celah-celah belukar di belakang rumah usang itu.
Tanpa disangka-sangka batang cangkul terkena belakang Kim Gek. Kim Gek jatuh tersungkur ke tanah. Konsultan yang menguruskan persemadian jenazah segera meleraikan pergaduhan itu. Dia berjaya menenangkan mereka berdua. “Ah Hui ingin supaya mayat bapa mereka disemadikan mengikut adat tradisi masyarakat Siam iaitu secara dibakar. Saya telah mengarahkan beberapa orang petugas untuk melaksanakan tugas ini,” tegas Konsultan Kuan yang telah diberi tanggungjawab menguruskan persemadian jenazah bapa.
Bapanya, Pak Cu Hong ke bandar untuk membeli buku cerita sebagai hadiah kepadanya dan abang keduanya di atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang mereka duduki. Semasa turun dari bas, Pak Cu Hong tidak melihat ke kiri dan ke kanan jalan, terus melintas menyeberangi jalan. Tiba-tiba sebuah kereta memecut dengan lajunya melanggar Pak Cu Hong dan mengheret badan Pak Cu Hong sejauh 500 km dari tempat kejadian.
Kim Gek tersedar dari lamunannya apabila namanya dipanggil Konsultan Kuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada bapanya. Dia berjalan longlai ke tempat upacara itu. Setelah sejam melalui jalan raya berliku, akhirnya mereka sampai ke sebuah kuil Siam. Beberapa orang petugas menyambut kehadiran jenazah mendiang bapa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tandatangan digital berkriptografi elak pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 - Utusan DigitalPengarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin berkata, sesuatu pembekal aplikasi digital tidak dapat menentukan kesahihan suatu transaksi maklumat digital tanpa penggunaan tandatangan…
Read more »
‘Jangan sampai saya ambil tindakan sewajarnya’ - Syameer Azmi beri amaran, henti libatkan keluarga - Utusan Digital‘Jangan sampai saya ambil tindakan sewajarnya’ - Syameer Azmi beri amaran, henti libatkan keluarga
Read more »
Tentera AS redah kawasan berisiko selamatkan rakyat terkandas di Afghanistan - Utusan DigitalTentera AS redah kawasan berisiko selamatkan rakyat terkandas di Afghanistan
Read more »
Twitter tak sekat Taliban - Utusan DigitalTwittter mempertahankan tindakan membenarkan semua akaun berkaitan Taliban untuk kekal aktif
Read more »
Dua lelaki bergelang pink langgar perintah kuarantin dikenal pasti - Utusan DigitalKetua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, perbuatan kedua-dua lelaki itu dikesan susulan sebuah video tular merakam aksi mereka melakukan perbuatan itu.
Read more »
Tidak boleh dibuka sebab belum ada arahan - Utusan DigitalJusteru ujarnya, untuk mengelak berlaku insiden pengunjung dikenakan saman oleh penguat kuasa PPj, mereka buat masa ini hanya dibenarkan bawa balik makanan secara bungkusan.
Read more »