SIAPA sangka minat mendalam dalam perniagaan mengurus acara dan sikap selalu mencabar diri Aida Radzi membolehkan syarikat pengurusan acara, OPU GO Entertainments Sdn. Bhd. yang diusahakannya menjadi pilihan dalam pengendalian acara besar korporat dalam dan luar negara.
Beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pemilik OPU GO Entertainments berkata, idea menubuhkan sebuah syarikat pengurusan acara adalah bermula daripada minat beliau yang sememangnya cenderung dalam bidang pengurusan majlis.
Menurutnya, ketika syarikat mula ditubuhkan, beliau mengendalikan operasi syarikat bersama dua pekerja sahaja. “Kemudian pada 2015, kami berkembang dengan 10 orang pekerja, dan dengan bilangan pekerja itu, syarikat mula mempunyai organisasi sendiri yang terbahagi kepada bahagian pengurusan, kreatif dan produksi serta bahagian penerbitan video-video korporat,” katanya.
Walaupun bermula dengan cemerlang, namun ketika gelombang Covid-19, beliau terpaksa memberhentikan beberapa pekerja demi mengurangkan kos syarikat, dalam masa sama permintaan terhadap perkhidmatan mengurus acara terus merudum. Beliau tidak mahu kejayaan yang dicapainya sekarang menjadikan dirinya terlalu selesa, justeru beliau terus mencabar diri agar OPU GO Entertainments sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gadis Dedah Kisah Diganggu Penghantar Makanan Pervert Pukul 2 PagiBerani betul minta tumpang tandas rumah customer.
Read more »
Siapa kata penyanyi lagu asli tiada standard?Siapa kata penyanyi lagu asli tiada standard? - Haziq Rosebi
Read more »
Pas, Bersatu bincang siapa bertanding di DUN NenggiriKOTA BHARU: Pas sedia berbincang dengan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menentukan parti mana akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri nanti.
Read more »
Datuk Aishah, siapa lelaki bertuah itu?Datuk Aishah, siapa lelaki bertuah itu?
Read more »
Daging korban milik siapa?Salam ustaz, benarkah daging korban tidak boleh dimakan oleh mereka yang membuat korban? Kenapa boleh dan kenapa tidak boleh?
Read more »
Ayah Buat Surprise Bawa Adik Jumpa Abang Lepas 10 Bulan Berpisah Undang Ramai SebakSiapa pula potong bawang ni.
Read more »