kuantan BEKAS pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau masih belum menerima surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu.
Katanya buat masa ini beliau mengambil pendekatan menunggu sehingga surat itu sampai sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang keluar parti agar membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.
Mengulas perkembangan lain, Saifuddin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Adun Pahang daripada DAP yang memulakan prosiding mahkamah berhubung ketetapan kerajaan negeri mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan di negeri itu. "Mereka harus faham tentang kedudukan tulisan Jawi di tanah air dan kedua, mereka juga harus faham mengapa tulisan Jawi ingin dihidupkan kembali … iaitu untuk dipopularkan kegunaannya di tempat awam," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zuraida tidak bimbang surat tuntutan RM10 juta PKRZuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata dalam kesnya, beliau dipecat bukan keluar parti. FMTNews PKR
Read more »
Zuraida tak bimbang surat tuntutan RM10 juta PKR | The Malaysian InsightZuraida berkata dalam kesnya beliau dipecat bukan keluar parti.
Read more »
Zuraida dismisses PKR's RM10 mil demand, tells Anwar to 'bring it on'The Ampang MP says the party has no case because she did not defect but was expelled. FMTNews ZuraidaKamaruddin
Read more »
Wee: Kos RTS RM10 bilion, Malaysia biaya 39%, Singapura 61%Daripada kos keseluruhan RM120 bilion, 61% dibiayai oleh kerajaan Singapura, manakala baki 39% lagi oleh kerajaan Malaysia. FMTNews RTS WeeKaSiong
Read more »