Belanjawan 2024: Tekad jelas kerajaan utamakan rakyat

Malaysia News News

Belanjawan 2024: Tekad jelas kerajaan utamakan rakyat
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

PETALING JAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Belanjawan 2024 jelas memperlihat tekad Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan agenda dan dasar yang memberi keutamaan rakyat secara keseluruhan khususnya untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuang kesejahteraan Sabah dan Sarawak menyaksikan peruntukan untuk kedua-dua negeri berkenaan terus meningkat dalam Belanjawan 2024 berbanding 2023.

“Penurunan kuasa untuk projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak dan peningkatan kadar pemberian khas interim juga membuktikan komitmen padu Kerajaan Perpaduan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, ia antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat bagi memperuntukkan wakil Kerajaan Negeri Sabah yang dinamakan Ketua Menteri Sabah dan seorang wakil Kerajaan Negeri Sarawak yang dinamakan Premier Sarawak selaras dengan hasil Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1963.

“Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa kepada Kerajaan negeri,” katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Belanjawan 2024: Cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024Belanjawan 2024: Cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024'Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa,' katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024
Read more »

[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilionsebanyak RM303.8 bilion (77.1%) disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (DE).
Read more »

[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Hasil bukan cukai dijangka turun 13.8 peratus pada 2024[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Hasil bukan cukai dijangka turun 13.8 peratus pada 2024Petronas dijangka bayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan bagi 2024 berbanding RM40 bilion bagi 2023 dan RM50 bilion pada 2022.
Read more »

[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Kutipan SST 2024 dijangka berjumlah RM35.8 bilion[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Kutipan SST 2024 dijangka berjumlah RM35.8 bilionKutipan cukai tidak langsung dijangka meningkat 4.7 peratus kepada RM58.6 bilion disumbangkan oleh kutipan lebih tinggi daripada SST.
Read more »

[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Kadar inflasi dijangka 2.1 hingga 3.6 peratus pada 2024[TINJAUAN EKONOMI/FISKAL 2024] Kadar inflasi dijangka 2.1 hingga 3.6 peratus pada 2024Prospek inflasi berhadapan risiko turun naik kadar pertukaran mata wang dan faktor berkaitan penawaran seperti harga komoditi global.
Read more »



Render Time: 2025-02-23 03:54:01