Sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk negeri Kelantan, projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari akan dilaksanakan.
“Langkah ini akan dilaksanakan bagi meningkatkan rizab bekalan air dan paip simen asbestos juga diganti bagi mengurangkan kadar kehilangan air serta gangguan bekalan air ekoran paip bocor,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sementara menunggu projek siap, sewaan lori tangki dan tangki statik akan ditambah bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air segera ketika berlaku gangguan.
Dalam pada itu, bagi mengatasi isu bekalan air di Kota Kinabalu, Sabah, infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air akan diganti manakala di Wilayah Persekutuan Labuan, penggantian paip usang serta membaik pulih infrastruktur air sedia ada akan dilakukan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Belanjawan 2024: Kerajaan berhasrat rasionalisasi subsidi diesel bersasarKerajaan menanggung RM1.60 sen bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya.
Read more »
Parlimen: Pemimpin Sabah harap lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berakhir di mahkamahIsu pelantikan ahli lembaga pengarah mewakili Sabah dan Sarawak di dalam LHDN tidak berakhir dengan pertikaian sehingga dibawa ke mahkamah.
Read more »
Juruaudit wanita rugi hampir RM1.5j ditipu sindiket pelaburan tidak wujudJuruaudit wanita rugi hampir RM1.5j ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Read more »
Tertipu dengan pelaburan tak wujud, juruaudit rugi hampir RM1.5 jutaWanita berusia 43 tahun itu membuat laporan polis Isnin lepas.
Read more »
Juruaudit rugi RM1.48 juta akibat pelaburan tidak wujudNIBONG TEBAL: Seorang juruaudit sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap mendakwa kerugian RM1.48 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud....
Read more »
Company auditor loses RM1.48m to non-existent investmentNIBONG TEBAL: A company auditor lost RM1.48 million after being deceived into investing in a company stock which actually did not exist. Seberang Pera...
Read more »