Dasar pembekuan penggunaan pekerja asing sepenuhnya boleh menyebabkan kos gunting rambut meningkat kepada RM30 hingga RM45. utusanonline
Bendahari Mindas, M. Jeyakumar berkata, rayuan itu bagi memastikan ahli-ahli persatuannya terus bernafas dalam industri yang diusahakan mereka sejak lebih 100 tahun lalu, sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
Katanya, dasar pembekuan penggunaan pekerja asing sepenuhnya itu boleh menyebabkan kos gunting rambut meningkat kepada RM30 hingga RM45. "Kami dari dulu telah mematuhi dan akan terus patuh kepada undang-undang pengambilan pekerja. Ini termasuk tawaran gaji wajar selain penyediaan tempat penginapan, insuran, syarat penugasan dan sebagainya. "Misalnya, ahli-ahli kami membayar levi dan kos lain penggunaan pekerja asing lebih RM5 juta setahun," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos lalu mengumumkan keputusan untuk menghentikan pengambilan dan penggunaan pekerja asing dalam subsektor tukang gunting rambut, tekstil, dobi dan tukang emas mulai 2021. Mengulas lanjut, Jeyakumar berkata, pihaknya telah mengambil segala usaha untuk menggaji dan menggunakan pekerja-pekerja tempatan melalui Jabatan Tenaga Kerja dan Job Malaysia namun usaha itu tidak mendapat sambutan positif. "Ahli-ahli persatuan bukan tidak mahu menggunakan pekerja tempatan tetapi nampaknya pekerja tempatan kurang berminat dan juga melibatkan kos yang tinggi sehingga menyebabkan banyak kedai gunting ahli terpaksa ditutup. "Oleh itu, kami memohon kerajaan mengkaji semula dan membenarkan subsektor tukang gunting rambut untuk terus menggaji pekerja asing bagi meringankan kos operasi kami yang sudah melambung tinggi "Selain itu, kami juga memohon agar kerajaan memberi kelulusan sebanyak 2,000 permit pekerja kepada ahli-ahli persatuan kami," katanya sambil menambah Mindas mempunyai keahlian sebanyak 718 orang. Menurutnya, sehingga kini, Mindas merekodkan hampir 2,100 kedai gunting beroperasi di seluruh negara yang mana tukang gunting tersebut dibawa masuk daripada beberapa negara seperti India, Bangladesh dan Nepal. Mengulas mengenai tindakan selanjutnya, beliau berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri supaya membenarkan tukang gunting rambut warga asing untuk terus beroperasi. - UTUSAN ONLINE
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rambut cepat gugur, berbau: Ikut 7 cara basuh rambut khas buat lelakiMencuci rambut dengan cara yang betul dapat mengelak daripada rambut gugur dan kusam serta berbau. FMTNews
Read more »
I-Kad digantung kerana masalah teknikalPUTRAJAYA 17 Sept. - Pengeluaran i-Kad bagi pekerja asing digantung buat sementara waktu sejak 17 Julai lalu disebabkan beberapa isu teknikal, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Read more »
Pengeluaran i-Kad pekerja asing digantungputrajaya Pengeluaran i-Kad bagi pekerja asing digantung sementara waktu sejak 17 Julai lalu disebabkan isu teknikal.
Read more »
Kos gunting rambut meningkat, kedai tutup, persatuan rayu kerajaanPersatuan Pengusaha Jurugaya Rambut Malaysia berkata kos gunting rambut akan meningkat kepada RM30 hingga RM45. FMTNews
Read more »




