Katanya, abang iparnya itu mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu.
TAMPIN: Seorang bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi ditemukan mati tergantung di dalam sebuah rumah Taman Gunung Mas, di sini malam semalam. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab.
Wahab berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada adik ipar lelaki berkenaan. “Sebaik sahaja menerima panggilan daripada adik ipar mangsa, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. “Siasatan awal tidak menemukan senjata tajam atau barang-barang berbahaya di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya hari ini. Sementara itu adik ipar mangsa yang berusia 54 tahun berkata, bimbangkan panggilan telefon yang tidak bersahut, dia nekad menghubungi polis bagi membantunya melihat keadaan abang iparnya ity. Jelasnya, dia pada mulanya telah menghubungi abang iparnya itu pada waktu petang setelah isterinya mengadu tidak dapat menghubungi mangsa sejak pagi. “Ketika senja saya datang ke rumah ini dan saya lihat dalam rumah gelap sahaja. Saya memberi salam tapi tidak berjawab, jadi saya pulang dulu. “Pukul 8 malam, saya datang semula dan meminta bantuan rakan tapi kami tetap tak dapat lihat ke dalam rumah. Saya terus menghubungi polis kerana bimbang sesuatu berlaku padanya,” katanya. Katanya, abang iparnya itu mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu. Menurutnya, sejak berpindah dari Perak ke Tampin pada 28 Mei lalu, abang iparnya itu tinggal bersama mereka sekeluarga dan baru tiga hari sahaja menetap di rumahnya sendiri. “Kami memang bawa dia pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampin. Pernah juga sebelum ini abang mahu duduk sendiri di sini tapi sehari sahaja saya benarkan bila saya tengok keadaannya agak lain. “Kali ini dia mahu tinggal sendiri kerana segan dengan anak-anak saya. Sabtu lalu saya hantarkan kuih padanya dan dia tiba-tiba memohon maaf kepada saya, ” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Rindu yang cukup menebal'- Puteri Aishah - Utusan Digital“Ya, saya sedang mengenali seseorang. Perkara ini belum saya ceritakan kepada sesiapa pun lagi sebab tidak ada kena mengena dengan kerjaya yang saya ceburi. '
Read more »
Abang tak sengaja tertembak adik - Utusan DigitalBudak lelaki berusia 5 tahun tidak sengaja tertembak adik perempuannya berumur 3 tahun di rumah mereka
Read more »
Program vaksinasi turun kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital - Utusan Digital'Semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di Labuan dengan sehingga 14 Ogos (semalam), kadar vaksinasi lengkap telah mencapai 88.1 peratus.'
Read more »
Bekas Datuk Bandar bebas reman - Utusan DigitalPermohonan dibenarkan beserta syarat iaitu suspek dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit berserta seorang penjamin.
Read more »
Bekas menteri PN beri kata-kata terakhir - Utusan DigitalBekas Menteri Kanan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi satu ciapan Twitter berkata, beliau menghargai peluang yang telah diberikan dengan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai menteri.
Read more »
Kes rogol bekas exco Perak: Tiada kesan air mani pada barang kes - Utusan DigitalKeputusan itu berdasarkan ujian asid phosphosate (AP) ke atas bahan bukti yang diberikan pihak berkuasa iaitu baju, seluar, seluar dalam, keratan tilam dan mop.
Read more »




