Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu di institut berkenaan di Bangsar South City, Brickfields di sini pada 8 Sept 2022.
: Bekas pengurus kewangan syarikat pemaju mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memalsukan tandatangan dalam surat pengesahan bagi pendaftaran ahli Institut Akauntan Malaysia , dua tahun lepas.
Tan Cheng Leng, 34, didakwa menggunakan surat pengesahan majikan daripada Upicon Reagan Sdn Bhd sebagai tulen bagi pendaftaran menjadi ahli MIA dengan memalsukan tandatangan pengarah syarikat itu, Datuk Chai Ming Foo, 54, dengan niat menyebabkan surat itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan oleh Chai kepada pihak MIA.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan dia kini tidak bekerja dan perlu menjaga keluarga.
Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan Tan diikat jamin RM4,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan kes.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rider Killed in Bangsar After Going Under the Wheels of Lorry That Speedily Reversed Into TrafficA motorcyclist met his demise after going under the wheels of a lorry that reversed itself into the traffic in Bangsar South, KL.
Read more »
Mohd Hanis family to seek legal action after fatal collision with reversing lorry in BangsarPETALING JAYA: Selangor have announced Katsuhito Kinoshi as the new coach, replacing Nidzam Jamil.
Read more »
Huckleberry ushers in festive season with Christmas delights at Bangsar, Damansara Heights locationsKUALA LUMPUR, Dec 4 — This holiday season, Huckleberry is enticing customers with an exclusive selection of festive gourmet delights, available only at its Damansara Heights and...
Read more »
Zoning debate divides Bangsar neighbourhoodROME (Reuters) - Defending champions Inter Milan stormed to a 6-0 win at Lazio in Serie A on Monday with quick-fire goals either side of halftime.
Read more »
Guru lelaki dikhuatiri lemas di ChenorGuru lelaki dikhuatiri lemas di Chenor
Read more »
Lelaki kritikal ditikam di Westminster BridgeLelaki kritikal ditikam di Westminster Bridge
Read more »