Bekas Pengerusi Bank of China ditahan kerana disyaki terlibat dalam skandal rasuah, kata pendakwa raya terkemuka negara itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan Prokurator Agung Rakyat memutuskan untuk menahan Liu Lian’ge, 62, kerana disyaki menerima rasuah dan memberikan pinjaman secara haram.“Ketika ini, kes itu dalam proses selanjutnya,” jelas laporan agensi itu.
Pada Februari lalu, Bank of China mengumumkan Liu Lian’ge, 62, meletak jawatan sebagai pengerusi dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai ketua Parti Komunis. Badan pemantau anti-rasuah China kemudian memaklumkan Lian’ge sedang disiasat atas dakwaan `pelanggaran disiplin dan undang-undang’. Sejak memerintah pada tahun 2012, Presiden China, Xi Jinping melancarkan kempen memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa secara habis-habisan di negara itu.
Para penyokong berpandangan usaha itu menggalakkan tadbir urus bersih manakala pengkritik pula mendakwa ia membantu Jinping `menghapuskan’ pesaing politiknya. – AFP
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Former Bank of China chairman arrested for corruptionLiu Lian’ge was arrested due to allegations of engaging in bribery and unlawfully granting loans.
Read more »
Philippines denounces China for ‘offensive’ actions in South China SeaThis comes after a Chinese navy ship shadowed and attempted to cut off a Philippine navy vessel.
Read more »
Bekas jurulatih ATM diberi keutamaan jadi jurulatih PLKNVeteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam aspek kejurulatihan bakal diberi keutamaan sebagai
Read more »
Bekas jurulatih menembak dilepas, dibebaskan tuduhan sebabkan kematianBekas jurulatih menembak dilepas, dibebaskan tuduhan sebabkan kematian
Read more »
Bekas KP Miros didakwa palsukan dokumen tenderKhairil Anwar Abu Kassim didakwa memalsukan dokumen tender dari empat syarikat untuk pembekalan lapan kenderaan.
Read more »
Kemuka dokumen palsu: Bekas KP Miros dilarang akses pejabatKemuka dokumen palsu: Bekas KP Miros dilarang akses pejabat
Read more »