Namun, bekas panglima itu tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana sebuah syarikat perkapalan berjumlah RM21.08 juta berkaitan perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai .
Panglima Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor, 78, sebentar tadi mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussain. Bagi ketiga-tiga pertuduhan, beliau yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan itu dengan meluluskan pembayaran mencecah RM21.08 juta tanpa kelulusan ahli lembaga pengarahnya.
Mahkamah membenarkan Ahmad Ramli dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan menetapkan kes itu disebut pada 24 November ini. Skandal kepincangan projek perolehan LCS itu menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dalam laporannya mendedahkan tiada kapal diterima setakat ini walhal TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran RM6.083 bilion. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
LCS: Bekas Panglima TLDM hadir hadapi tuduhan pecah amanahBeliau yang merupakan bekas pengarah urusan sebuah syarikat perkapalan hadir di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira pukul 7.45 pagi ditemani ahli keluarga terdekat.
Read more »
Langkah Sheraton punca PH gagal selamat LCSBekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mengakui Pakatan Harapan (PH) tidak pernah arah projek pembinaan LCS milik TLDM dihentikan.
Read more »
Wanita ugut, rempuh rumah keluarga bekas teman lelaki ditahan | The Malaysian InsightWanita ugut, rempuh rumah keluarga bekas teman lelaki ditahan
Read more »
Skandal LCS: Bekas naib pengerusi eksekutif didakwa esokLelaki berusia hampir 80 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.
Read more »
Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuahBekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Read more »
Bekas pengurus besar Air Kelantan mengaku tak bersalah terima rasuah | The Malaysian InsightWan Mohamad Zamri Wan Ismail didakwa terima rasuah RM10,000 bagi membantu Zog Technology Sdn Bhd dilantik sebagai sub kontraktor pada 2015.
Read more »