Bekas koperal polis dipenjara 14 tahun, denda RM70,000

Malaysia News News

Bekas koperal polis dipenjara 14 tahun, denda RM70,000
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 66 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Alorsetar Seorang bekas koperal polis dihukum penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan tujuh tahun lalu.

Shamsul Shahrul Samsudin, 38, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada masa kejadian, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Tertuduh didakwa menerima suapan sebanyak RM7,500 daripada Sharifah Aziz sebagai dorongan untuk melepas dan menurunkan seksyen pertuduhan daripada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada Seksyen 12 ADB 1952 terhadap Azhar Noordin pada 14 Jun 2013 di hadapan Kedai Longwan, Mergong, Alor Setar. Bagi pertuduhan kedua, Shamsul Shahrul dituduh menerima suapan sebanyak RM5,500 sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di Cash Deposit Machine nombor 5, Bank Rakyat Cawangan Mergong, No 7 dan 8, Tuanku Haminah Business Centre, Mergong pada 1.03 tengah hari, 26 Julai 2013.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Murtazadi menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan denda RM40,000 atau setahun penjara jika gagal membayar denda, manakala bagi tuduhan kedua Shamsul Shahrul dikenakan hukuman enam tahun penjara dan denda RM30,000 atau atau jika gagal akan dipenjara setahun lagi.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tan Sew Ping, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Remaja 14 tahun rugi RM295,950 kena tipuRemaja 14 tahun rugi RM295,950 kena tipuKuantan Remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kerugian RM295,950 selepas diperdaya sindiket Love Scam
Read more »

Warga Bangladesh ditemubual Al Jazeera kena reman 14 hariWarga Bangladesh ditemubual Al Jazeera kena reman 14 hariRayhan Kabir ditahan untuk siasatan lanjut tetapi peguamnya mahu mencabar perintah itu. FMTNews RayhanKabir AlJazeera
Read more »

14-day remand for Bangladeshi in Al Jazeera documentary14-day remand for Bangladeshi in Al Jazeera documentaryRayhan Kabir is being held for further investigations, but his lawyers are to challenge the order. FMTNews AlJazeera
Read more »

Masks compulsory in 14 spots, events | The Malaysian InsightMasks compulsory in 14 spots, events | The Malaysian InsightNational Security Council revises guidelines on ‘public places’, ‘crowded places’.
Read more »

Malaysian participants scores 14 medals at World Championship Of Performing ArtsMalaysian participants scores 14 medals at World Championship Of Performing ArtsThere were 3,000 participants from 72 countries for the competition this year, taking part in the junior and senior divisions. MalaysiaBoleh!
Read more »

Bayar caj kuarantin dalam masa 14 hariBayar caj kuarantin dalam masa 14 harikualalumpur Individu yang dikuarantin di stesen kuarantin perlu menyelesaikan pembayaran caj kuarantin mereka dalam masa 14 hari.
Read more »



Render Time: 2025-02-22 10:05:28