Mimi Khairani Baharudin yang menghadapi 3 pertuduhan mengaku tidak bersalah. FMTNews
KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif sebuah yayasan amal, Yayasan Nurul Yaqeen didakwa bersama suaminya di Mahkamah Sesyen hari ini masing-masing atas 3 dan 20 pertuduhan pengubahan wang melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19.
Mimi Khairani Baharudin, 35, dan suaminya, Mohd Shaufik Ariffin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Hasbullah Adam. Khairani yang sedang hamil 5 bulan menghadapi 3 pertuduhan manakala suaminya didakwa atas 20 pertuduhan. Mahkamah membenarkan Khairani diikat jamin RM105,000 manakala RM700,000 bagi Shaufik, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Norizawani Ahmad Jalaludin.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Salah guna wang zakat: Bekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000BEKAS guru besar dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah menyalahgunakan wang zakat sumbangan sebuah syarikat yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar sekolah rendah.
Read more »
Bekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000 salah guna wang zakat | The Malaysian InsightTertuduh didakwa salah guna wang zakat sumbangan sebuah syarikat sebanyak RM5,000 untuk disalur kepada pelajar.
Read more »
Wan Azizah pertahan bekas timbalannya berkait isu kahwin bawah umurBekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu mempersoalkan jika salah untuk Yeoh menyuarakan kebimbangan berhubung status Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. FMTNews BawahUmur Kahwin
Read more »
Sepetang di Jakarta bersama bekas pengganas Jemaah IslamiyahSaya bertanya kepada Pak Nasir, 'Tak rindu nak balik ke Malaysia?'. Pak Nasir tersenyum dan membalas, 'Pasti rindu, tapi nama saya masih 'wanted' di Malaysia dan Singapura...' FMTNews
Read more »
FGV lapor polis terhadap 2 bekas ketua pegawaiKetua juruaudit berkata FGV mengalami kerugian melebih anggaran RM75 juta akibat perbuatan mereka. FMTNews FGV
Read more »
Dakwa diganggu, SKMM nasihat bekas CEO PNB buat laporan | The Malaysian InsightSKMM dalam kenyataan hari ini menyatakan, mereka memandang serius perkara berkenaan serta dakwaan berlakunya penggodaman ke atas akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn milik Abdul Jalil.
Read more »