kualalumpur Bukan sahaja tidak mematuhi penjarakan sosial, malah segelintir ibu bapa dikesan membawa anak kecil ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan harian
Malah, Perintah Kawalan Pergerakan fasa empat yang sudah memasuki hari kelima hari ini dan ke-47 secara keseluruhannya itu dilihat mula dilanggar golongan berkenaan seperti negara sudah bebas daripada pandemik Covid-19.
Pemerhatian wartawan di Pasar Air Panas, Setapak di Kuala Lumpur mendapati orang ramai dilihat bersesak, berhimpit dan tidak mengamalkan penjarakan sosial seperti prosedur operasi standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia . Dia yang bertugas di pasar itu berkata, saringan di pintu masuk pasar tidak membenarkan bayi atau kanak-kanak memasuki pasar berkenaan.
"Kami memang kerap meronda dalam pasar ini dan menasihatkan pengunjung supaya mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain. Tetapi ada yang degil dan tidak peduli pun larangan kami," katanya.Gelagat ibu bapa yang membawa kanak-kanak dan berbaris untuk memasuki kedai berdekatan pasar raya itu turut disaksikan wartawan. Walaupun kanak-kanak itu dilihat memakai penutup hidung dan mulut namun risiko untuk dijangkiti Covid-19 masih tinggi.
Wartawan yang melakukan tinjauan selama satu jam di pasar itu turut menyaksikan gelagat seorang lelaki yang cuba membawa bayinya masuk ke pasar raya itu dihalang pengawal keselamatan bertugas di pintu masuk. Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja Pasar Dato Keramat, Mohd Ali Ridza Abdul Latif berkata, orang ramai perlu beratur terlebih dulu untuk memasuki pasar berkenaan dan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rayu kelulusan bawa pemancing“TOLONG benarkan kami beroperasi membawa pemancing ke laut, kami tidak mahu terlalu mengharap kepada Bantuan Prihatin Nasional (BPN),” kata pemilik bot pemancing di Endau, Mohamad Hamid, 65.
Read more »
NS hanya benarkan beli makanan bawa pulang sahajaseremban Premis makan berlesen yang beroperasi di Negeri Sembilan masih tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan makan di restoran atau kedai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Read more »
Kerajaan benar kenderaan persendirian bawa maksimum 4 ahli keluargaPeraturan itu dilaksanakan ketika tempoh PKPB bermula 4 Mei. FMTNews PKPB
Read more »
Buka semula aktiviti ekonomi bukan keputusan tergesa-gesa, kata menteri kewanganKerajaan tidak memaksa mana-mana syarikat memulakan operasi segera kerana ada yang mungkin perlu membuat persediaan dan memenuhi syarat ditetapkan. FMTNews PKPB
Read more »
Bukan tindakan tergesa-gesaPEMBUKAAN semula hampir keseluruhan ekonomi ketika negara masih bergelut dengan Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan kerajaan secara tergesa-gesa.
Read more »
Agihan jawatan isu peribadi, bukan perbalahan antara parti, kata ketua PPBM JohorMazlan Bujang berkata, perbalahan dalam kalangan pemimpin parti ialah perkara biasa dan mereka sepatutnya terus fokus membantu rakyat terjejas akibat Covid-19. FMTNews PPBM
Read more »