pasirputeh Tindakan pantas pemandu keluar daripada bas ekspres berjaya menyelamatkannya daripada rentung selepas kenderaan itu terbakar di Jalan Wakaf Raja, berhampiran stesen minyak Tok Kamis, hari ini.
Dalam kejadian 3.50 petang, pemandu berusia 39 tahun dalam perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh tanpa membawa penumpang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, ketika kejadian pemandu melihat asap di bahagian belakang sebelum berhenti dan menyelamatkan diri.“Seramai enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan ketika tiba, bomba mendapati sebuah bas ekspres sedang terbakar.
“Bagi kerja pemadaman, anggota menggunakan aliran hose reel dan bahan pemadam api jenis buih untuk membantu serta memadam api sepenuhnya. “Dianggarkan bas ekspres terbakar 60 peratus membabitkan bahagian dalam serta bumbung,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, pihaknya mengambil masa lapan minit untuk mengawal kebakaran dan operasi tamat jam 4.33 petang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selamat pulang jemaah haji terakhirkualalumpur Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang, selamat tiba di tanah air, hari ini.
Read more »
Wajibkan sastera di sekolahKOTA BHARU 13 Sept. - Sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan menjadikan Sastera sebagai subjek wajib di sekolah menengah bermula daripada tingkatan satu.
Read more »
Malaysia turut berdukaDATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Jakarta semalam bagi menzahirkan penghormatan Malaysia kepada Indonesia yang berduka atas pemergian presiden ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.
Read more »
Luar, dalam PWTC sesakKUALA LUMPUR 14 Sept. - Hari di nanti tiba juga, kemuncak program Himpunan Penyatuan Ummah berlangsung hari ini dengan piagam bersama dua parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO dan Pas bakal ditandatangani.
Read more »
Hilang sekelip matajitra “Saya nampak dia pegang telefon bimbit sambil bercakap sebelum terjun sungai dan tiba-tiba terkapai-kapai,” kata A Dines, 23, rakan K Sasitharan, 22, yang dikhuatiri lemas di anak sungai dekat Tandop, Taman Osman Arof, Jitra, semalam.
Read more »