Beyond the Breaking News

Baru Pindah Rumah? Ini Tips Yang Boleh Anda Lakukan, Bukan Hias Dulu Tau!

United States News News

Baru Pindah Rumah? Ini Tips Yang Boleh Anda Lakukan, Bukan Hias Dulu Tau!
United States Latest News,United States Headlines

Rumah selesa, hidup pun santai je.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Pindah ke rumah baru, sama ada menyewa atau beli memang menyeronokkan! Ia seolah seperti permulaan bab baru dalam kehidupan kita.

Biasanya, kita mesti akan fikir bagaimana susun atur rumah baru nanti, maklumlah zaman sekarang rumah kena nampak aesthetic. Tapi sebelum nak jadikan rumah kita sebuah mahligai kayangan, ada beberapa perkara penting kena lakukan supaya ruang hidup kita bukan cantik di mata sahaja tetapi selesa juga tau. Baca Artikel Berkaitan: Nak Ruangan Kecil Dalam Rumah Kelihatan Besar? Cuba Tujuh Tips Deko Interior Ini | TRP #1.

Bersihkan Setiap Bahagian & Ruang Rumah Terlebih Dahulu Sebelum anda susun perabot, luangkan masa untuk bersihkan rumah dengan betul dan teliti. Bukan setakat mop lantai tau, lap keseluruhan rumah dan jangan terlepas pandang bahagian kecil, perabot dan bahagian yang mudah berhabuk. Jangan lupa untuk buka tingkap untuk cahaya dan udara masuk semasa proses pembersihan. #2.

Jangan Terus Beli Semua Barang Dalam Satu Masa Ruang kosong dalam rumah baru memang seronok. Bermacam-macam idea keluar dari kepala kita untuk menghiasinya. Nampak ruang tamu kosong, rasa nak beli meja kopi. Nampak dinding kosong, rasa nak beli hiasan, Nampak dapur, terasa nak lengkapkan dengan segala peralatan masak baru.

Tunggu sekejap, tidak semua ruang kosong itu perlu diisi. Kadangkala biarkannya kosong lebih cantik sebenarnya. Bak kata pepatah, “less is more”. #3.

Utamakan Dekorasi Functional Over Beauty Ingat, pastikan segala barang asas untuk keperluan harian anda lengkap dan selesa. Contohnya, langsir untuk privasi, tilam empuk untuk tidur, lampu tidur, rak atau kotak supaya barang tidak bersepah dan macam-macam lagi. Rumah yang selesa bukan bermula dengan dekorasi mahal, sebaliknya dipenuhi dengan barang yang memudahkan rutin harian kita. #4.

Kenali Lokasi Suis Utama, Injap Air & Kotak Fius Bila masuk ke rumah baru, cari di mana injap air utama, suis elektrik dan kotak fius. Jika ada sebarang masalah, anda tahu yang perlu dibuat sebelum keadaan bertambah teruk. Untuk rumah sewa pula, tanya tuan rumah terlebih dahulu. Ambil gambar dan simpan untuk rujukan masa hadapan.

#5. Jika Rumah Ada Bau Aneh Mesti Ada Kerosakan Yang Kita Tak Perasan Jangan abaikan bau pelik dalam rumah baru anda. Bau hapak, lembap, busuk mesti ada puncanya. Mungkin terdapat kerosakan yang kita tak sedar seperti paip pecah.

Seterusnya, rumah kita perlu bernafas. Buka tingkap dan kipas untuk buang bau lembap yang busuk tu. Rumah tiada bau busuk barulah selesa untuk duduki. #6.

Sediakan Rutin Membersih Rumah Setiap Minggu Cara anda menjaga rumah pada hari pertama boleh membentuk tabiat yang baik. Kalau dari awal kita sudah biasa biarkan rumah bersepah, lama-kelamaan kita akan rasa malas untuk menjaganya dengan baik. Sebaliknya, mulakan dengan rutin kecil, basuh pinggan selepas makan, letak kunci di ruang disediakan, asingkan baju kotor dan buang sampah mengikut jadual. #7.

Jadikan Rumah Tempat Untuk Berehat, Bukan Satu Punca Anda Stress Sama ada menyewa atau membeli, rumah bukan tempat tidur kita sahaja. Ia tempat anda pulihkan semula tenaga selepas bekerja, berdepan orang ramai dan mengurus kehidupan di luar. Jangan terlalu kejar rumah yang nampak sempurna sehingga mendatangkan beban pada diri sendiri. Paling penting, rumah yang selamat, bersih dan dapat memberi ruang untuk anda bernafas dengan tenang.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai | TRP Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Panduan Untuk Elak Jadi Mangsa Projek Rumah Terbengkalai | TRP Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pemilik rumah kebajikan didakwa lagi lakukan seks luar tabiiPemilik rumah kebajikan didakwa lagi lakukan seks luar tabiiSeorang pemilik rumah kebajikan tidak berdaftar mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii
Read more »

Nilai keikhlasan dua beradik cerminan generasi madaniNilai keikhlasan dua beradik cerminan generasi madaniNilai yang diterapkan di rumah akan membentuk cara mereka berfikir, bertindak dan berinteraksi apabila dewasa kelak.
Read more »

Suami Isteri Terkejut Diserbu JAIS Pertama Kali Di Pusat Karaoke – “Sampai Terlupa Tarikh Kahwin”Suami Isteri Terkejut Diserbu JAIS Pertama Kali Di Pusat Karaoke – “Sampai Terlupa Tarikh Kahwin”Alamak baru nak berduet dengan pasangan kerja serbu Jabatan Agama.
Read more »

Gading Kencana terima Anugerah Rakan Strategik PKS MaraGading Kencana terima Anugerah Rakan Strategik PKS MaraSyarikat penyedia sumber tenaga boleh baharu berasaskan solar, Gading Kencana Sdn. Bhd. baru-baru ini telah menerima Anugerah
Read more »



Render Time: 2026-06-08 12:13:40