Barisan exco Melaka baharu bayangan Kerajaan Perpaduan, kata Ab Rauf
KETUA Menteri Melaka yang baharu Ab Rauf Yusoh membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Harapan akan menyertai barisan Exconya nanti.Beliau menegaskan kerajaan baharu negeri Melaka nanti adalah sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil, sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.
Dalam hantaran sama, katanya beliau akan merangka Pelan 100 Hari yang baharu untuk menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan buat Melaka. “Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang berniaga dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Melaka juga memerlukan infrastruktur, termasuk bekalan air, jalan raya dan digital, yang lebih baik,” menurut hantaran itu.
Ab Rauf, yang merupakan Adun Tanjung Bidara, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 semalam menggantikan Adun Lendu Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatannya. – Bernama, 1 April, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Barisan exco Melaka cerminkan kerajaan perpaduan, kata Ab RaufKetua menteri baharu itu membayangkan Adun dari Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan exconya nanti.
Read more »
Barisan exco Melaka akan dibincang dengan Zahid dahulu, kata Rauf | The Malaysian InsightKetua menteri Melaka yang dilantik hari ini berkata beliau akan umum barisan exco baharu dalam tempoh 48 jam.
Read more »
Tiada penubuhan kerajaan perpaduan di Johor - ZahidTiada penubuhan kerajaan perpaduan di Johor – Zahid
Read more »
Ab Rauf Yusof angkat sumpah jawatan ketua menteri Melaka | The Malaysian InsightPresiden Umno semalam mengesahkan pertukaran jawatan itu sebahagian usaha bentuk kerajaan perpaduan di Melaka.
Read more »
Guan Eng gesa Bank Negara tangguh kenaikan OPR | The Malaysian InsightBNM wajar menghayati dasar kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, katanya.
Read more »