Bapa didakwa rogol 2 anak kandung FMTNews FMTBerita
Pekerja pembersihan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan merogol dua perempuannya yang kini berusia 15 dan 12.
MUAR: Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu. Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12, di dua buah rumah di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar di sini, sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas.Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ke-21 hingga ke-30 pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama.Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bapa mengaku salah rogol dua anak, hukuman 8 OgosBapa mengaku salah rogol dua anak, hukuman 8 Ogos BERITA Jenayah Mahkamah NASIONAL Mengakubersalahrogolduaanak
Read more »
SSM ambil tindakan dua pengarah berstatus bankrap jika didapati salahSSM ambil tindakan dua pengarah berstatus bankrap jika didapati salah BERITA NASIONAL TERKINI
Read more »
Kunjungan Bapa Suci ke Fatima, berdoa untuk Ukraine dan seluruh duniaHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Kes Dea Maisarah: Polis terima laporan bapa, hospitalKetua Polis Selangor Hussein Omar Khan menegaskan polis akan menjalankan siasatan secara terperinci, menyeluruh, adil dan saksama.
Read more »