kualalumpur Pihak berkuasa perlu menggempur dan memantau sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kewujudan sindiket berkenaan perlu dibanteras kerana dibimbangi akan mendatangkan pelbagai risiko kepada negara.
"Pemalsuan keputusan ujian saringan Covid-19 ini amat serius kerana boleh menyukarkan dan menjejaskan usaha dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia , selama ini dalam memutuskan rantaian Covid-19. "Amat membimbangkan jika dokumen palsu itu juga diguna pakai untuk menyakinkan majikan mengenai tahap kesihatan pekerja asing sedangkan mereka tidak menjalani ujian saringan secara sah," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, MCPF mencadangkan pihak berkuasa menggempur sindiket berkenaan habis-habisan selain perlu wujud kesedaran dari kalangan majikan dan orang awam mengenai penipuan terbabit. "MCPF mencadangkan pihak berkuasa terus memantau aktiviti ini kerana ia boleh merumitkan keadaan dan usaha kerajaan memerangi Covid-19, selain mendedahkan Malaysia kepada risiko jangkitan wabak ini.Jumaat lalu, polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan wabak itu di Jalan Alor, di sini, dengan penahanan dua lelaki warga Bangladesh.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19: 37 kes baharu Covid-19 hari ini, 1 kematiankualalumpur Kes jangkitan baharu Covid-19 membabitkan penularan rakyat tempatan mencatatkan 10 kes hari ini.
Read more »
Covid-19: 19 new cases, death toll now at 116PETALING JAYA: Malaysia recorded 19 new Covid-19 cases on Friday (June 5), bringing the total number of infections to 8,266 cases.
Read more »
Covid-19: 19 new cases, death toll now at 116PETALING JAYA: Malaysia recorded 19 new Covid-19 cases on Friday (June 5), bringing the total number of infections to 8,266 cases.
Read more »
Covid-19: 19 new cases, 51 patients recover, one death (Updated)PETALING JAYA: The Health Ministry today announced 19 Covid-19 positive cases as of 12pm today, bringing the total number of infections in the country...
Read more »
Malaysia records first Covid-19 fatality since May 22, 19 new cases | Malay MailKUALA LUMPUR, June 5 — Malaysia recorded its first Covid-19 fatality since May 22, Health Ministry director-general Dr Noor Hisham Abdullah said in his daily briefing today. He said 19 new Covid-19 cases were recorded today, bringing the total figure to 8,266 cases. “The National Crisis...
Read more »