Banjir Sabah semakin buruk, 10,347 orang dipindahkan ke PPS

Malaysia News News

Banjir Sabah semakin buruk, 10,347 orang dipindahkan ke PPS
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 47 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Mangsa paling ramai adalah di Kota Marudu dengan seramai 7,358 orang daripada 2,553 keluarga dipindahkan ke 12 PPS.

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir terjejas kini mencecah 10,347 orang berbanding 9,677 yang dilaporkan petang semalam.

Setakat pagi ini, 10,347 mangsa daripada 3,569 keluarga dipindahkan ke 34 pusat pemindahan sementara yang dibuka di enam daerah iaitu Kota Marudu, Paitan, Pitas, Telupid, Tawau dan Lahad Datu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, mangsa paling ramai adalah di Kota Marudu dengan seramai 7,358 orang daripada 2,553 keluarga dipindahkan ke 12 PPS.Daerah Lahad Datu yang sebelum ini telah menutup PPS, kini dibuka semula bagi menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga setelah banjir kembali melanda daerah berkenaan.

Setakat ini, mangsa yang paling ramai adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu dengan seramai 1,361 mangsa daripada 477 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan. Sementara itu, mangsa di tiga daerah lain masih kekal masing-masing dengan seramai 668 mangsa di Paitan, 109 mangsa dipindahkan ke PPS di Tawau dan 21 mangsa dipindahkan di Telupid. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lebih 12,000 mangsa banjir di 4 negeri berlindung di PPS | The Malaysian InsightLebih 12,000 mangsa banjir di 4 negeri berlindung di PPS | The Malaysian InsightJumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat kepada 4,868 orang berbanding 4,575 mangsa malam tadi dengan Tangkak menjadi daerah kelapan dilanda banjir.
Read more »

Hampir 14,000 mangsa banjir di 3 negeri berlindung di PPS | The Malaysian InsightHampir 14,000 mangsa banjir di 3 negeri berlindung di PPS | The Malaysian InsightSebanyak 73 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini.
Read more »

Banjir semakin buruk, 6,453 mangsa dipindahkan di SabahBanjir semakin buruk, 6,453 mangsa dipindahkan di SabahAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan daerah yang paling teruk terjejas adalah Kota Marudu dengan seramai 4,789 mangsa daripada 1,731 keluarga dipindahkan ke 11 buah PPS.
Read more »

Mangsa banjir Sabah meningkat 9,677 orangMangsa banjir Sabah meningkat 9,677 orangJumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 9,677 orang berbanding 6,394 mangsa sehingga petang semalam.
Read more »

More than 12,000 flood evacuees at relief centres in 4 states | The Malaysian InsightMore than 12,000 flood evacuees at relief centres in 4 states | The Malaysian InsightKota Marudu has the highest number at 4,789 from 1,731 families.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 06:46:11